Nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

Catatan Perjalanan Singapore

Ada orang kata, nak pegi singapore nak kene ada duit banyak al maklumlah currency dia double dari duit kita...dan Jangan Lupa Bawak PEN, kamera, mineral water ,map yg sesuai aku cadangkan map public transport dan sarapan kenyang2.
Kali nie aku nak bagi guide kepada sesiapa yg nak pegi singapore dengan budget yg ada. Ok, first check out passport kat imegresen malaysia (JB), pas tue ke stesen bas kat bawah untuk ke Singapore. (Berjalan dari City Square JB-Imegresen-stesen bas; jauh jugak, sesiapa yg bawak anak ngan org tua susah sikit la, for ladies..pakai seluar panjang senang nak berjalan.Ada beberapa destinasi bas kat situ; keranji,bugis street,queen street, dll. So sebab nak pegi melancong..pilih bas ke queen street or bugis street; kita orang ke queen street tiket dia RM 2.50.
(Tiket Simpan).Naik bas..sampai ke imegresen singapore; semua org akan turun..dan ada yang berlari; follow je dia orang tue;sampai kat imegresen isi borang ( kalu tak de pen kan susah; sebab kat situ pen tak di sediakan). Habis je chop pasport..pegi ke stesen bas..follow org je; then pilih destinasi kita tadi..at this moment korang dah terasa situasi yang berbeza. Semasa beratur nak naik bus,conductor mintak tiket bas tadi. Perjalanan ke queen street agak membosan kan sebab,bus tu slow je dia bawak 60 km/j. (patut la atas highway kita diaorg lepas geram).
Sampai je kt queen street; bukak map then berjalan ke destinasi; Orchard Road, Masjid Sultan, Kampung Glam, Melay Heritage, Masjid Hajjah Fatimah. Aku cadangkan supaya lunch kat sini ngan Sembahyang, kalu tak nanti susah.
Habis je pusing2..kita orang naik SMRT kat stesen Lavender untuk ke Merlion Park ; aku suggest turun dekat Raffles place dekat sikit; harga tiket dia SGD 1 ( tapi kene bayar SGD 2 utk tiket; nanti boleh refund balik SGD1 tue kat tiket machine). Bukak map, terus ke Merlion Park dan esplanade; walking distance je; dah habis bergambar kat tempat wajib dilawati..
Next destination Sentosa Island; Pegi balik ke Raffles Place station amik tiket ke harbour front (harga tiket dia SGD 1.40; sebab tak tau nak top up- refund balik tiket tadi dan bayar balik SGD 2.40). Sampai kat Harbour front nie perut dah lapar...jenuh mencari tempat makan was-was la katakan; mcdonalds & KFC sini halal jangan takut; tapi datang tempat org makan benda yang sama jugak kan tak best. Jalan punya jalan kat (Harbour front-Vivo City ) terjumpa la satu kedai; alhamdulillah baru jumpa..Kita orang makan nasi padang ngan air tin- total semua nasik SGD 4.50 + Air Tin SGD 1.50.
Nama kedai nie Nur Muslim Food Varieties..Nasi Padang nie cara dia serve; Nasi + Ayam Sambal + Sambal Goreng ( org johor tau benda nie) + sambal + sambal nyok ( sambal kelapa). Rasa dia agak masam-masam skit.
Tapi sedap gak.
Lepas habis makan kita org ke Monorel station ke Sentosa Island; tiket dia SGD 3 dolar. Dalam Sentosa Island nie ada macam-macam tempat nak pegi; tapi kalu nak join aktiviti siap la duit tue.. Nak tau tempat tue korang boleh surf internet atau datang sendiri sebab nanti boleh map dia. Destinasi kami ke sentosa Island nie nak pegi ke Universal Studio. Tempat kat sini menarik..tapi banyak construction..kalu nak pegi setahun lagi baru elok. Kalu sape2 nak melangkah ke pintu Neraka ( Casino) pun boleh..tak kene tangkap macam kat genting.
Kebanyakan aktiviti kat Sentosa Island nie tutup pukul 7..so kita orang nak kene balik. Dari Sentosa Island ke Vivo City tak yah bayar tiket..sebab tiket dia pergi balik.
Dari Stesen Harbour front kita orang amik tiket ke Woodlands tiket dia SGD 2.20 (jangan lupa refund balik tiket yg datang tadi). Perjalanan ke Woodlands amik masa dalam 40 minit. Kebanyakan under ground je.
Dari woodlands amik bus ke JB dengan tiket beharga SGD 2.50 ke kota raya... So proses yg sama jugak, kecuali tak yah isi borang..dan bila sampai kat imegresen tue boleh la pilih samada nak naik bas tue balik ke tak atau berjalan kaki ke city square je...
Ok tue saja cacatan perjalanan untuk sape-sape nak try pergi melancong cara back packers...singapore adalah permulaan.Lebih kurang SGD 18 je belanja @ RM 40.....Ada branie boleh cuba.

6 comments:

Anonymous said...

Bus dr imegresen JB ke Queen Street no CW2 (bas causeway link). Dari Woodlands ke JB just SGD1.20 dan no bas dia adalah 950. Bus SMRT.

Unknown said...

menarik la gambr2 kt singapore. Tambah2 gambar yg ada aku tu...hahaha

pidi pidus said...

dah jadi traveller la plak..anyway good story and tips...aku duk johor tapi tak penah jejak spore

Hassrizh said...

Mmg menarik gi Spore ni. Ape2pun, tmpt percutian di Malaysia tetap best.

Anonymous said...

wah2,,menarik2,,,,ape lg tmpat yg menarik kat singapore ek?

DIDIE BAHAZIM said...

mnarik!