Nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

Mee Bandung Muar - Depan Sek. Men. Sains, Muar

Hari tu, aku berkesempatan berkunjung ke Muar, disebabkan oleh dua sahabat yang bernama Rizal dan Akmal yang dah KEMAROK nak makan mee bandung muar. Dari Skudai berkereta ke Muar semata-mata nak makan mee bandung..rasanya jarang dibuat orang sebab perjalanan dari Skudai mengambil masa 2 jam tambahan pula dgn Tol dan minyak RON 97 dah naik. Tapi inilah pengalaman yang satu ketika nanti akan jadi bualan bila dah lama tak berjumpa.
Berbalik kepada topik kita, perkataan bandung nie, bukanlah nama tempat di Indonesia dan tak ada kene mengenapun dengan tempat nie dengan mee. Kalau korang nak tahu perkataan bandung nie bermaksud campur...betul ke?. Jadi boleh lah nak dirumuskan bahawa mee bandung nie adalah mee campur. Apa yang dicampur oleh orang muar untuk menjadikan mee bandung muar sebagai salah satu makanan tradisional (Muar's signature) ialah; Udang kering+Cili kering+Gula+minyak+bawang+sayur+tauhu+daging+telur dan mee. Cara nak masak dia tue korang boleh lah cari kat mana-mana buku resepi kalu tak pun beli je kat kedai dia punya paste yang ada dijual kat merata ceruk.
Memandangkan Muar dah terkenal dengan makanan nya maka, banyak lah kedai yang menjual mee bandung ni...rasanya ada 5 kedai yang mee bandungnya sedap. Salah satu daripada nya ialah dekat trafic light Sek Men. Sains Muar. Rasa mee bandung kat sini pedas sikit berbanding dengan tempat lain dan lokasinya agak kedalam sikit bersebelahan dengan taman perumahan. Jadi bila anda berkesempatan ke Muar boleh je cuba Muar's Signature nie. Kalau berkesempatan aku akan cuba merasa kembali ke lima-lima kedai yang menjual mee bandung nie dan yang pasti korang kene la tunggu ye..

Friday, April 15, 2011

Sany Char Kuew Tiow -Tmn Tasik Titiwangsa


Penang...memberikan satu kenangan yang terindah dalam membentuk kehidupan aku skarang. Perghh ayat tak leh blah. Setiap kali berkesempatan aku akan bawa anak aku ke taman tasik titiwangsa untuk bermain "playground". Seronok rasanya bila tengok wajah kegembiraannya. On the way nak balik ikut jalan kuantan nak ke jalan tun razak. Bila sampai dekat sekolah aku ternampak satu sign board Sany Char Kuew Tiow. Fikiran aku pun terus melayang kembali ke tahun 90-an. Apa lagi masuk selekoh kat depan tu berhenti kereta. Aku satu family turun dan masuk ke dalam kedai tersebut. Tengok persekitarannya, kedai nie macam baru bukak je. Since dah nama kedai jual char kuew tiow, aku pun order 2 char kuew tiow, 1 char kuew tiow yg tak pedas. Rasanya tak ubah macam char kuew tiow yang aku slalu makan dulu masa kt di Penang dulu. Tambahan pula makan dgn cabai jeruk pergh...rasa dia memang best, sampai wife aku tambah satu lagi la. Aku mulakan cerita pasal sany char kuew tiow nie..kat wife aku. Masa dulu (tahun 90an) kat Bayan Baru..Sany Char Kuew Tiow nie boleh dikatakan satu fenomena kat situ..asal nak lepak ( selalu nya atas pukul 11 la)ngan member2 mesti lepak kat sini pekena char kuew tiow nie. Time tu kedai dia kat blakang rumah je...tapi ramai yang lepak (tempat berkumpul) sebelum start round island ( baca merempit)ramai-ramai. itu lah serba sedikit crite tentang Sany Char Kuew Tiow..nie. Sape yang nak rasa boleh la singgah kat taman tasik nie. Skarang nie aku pun dah lama tak balik penang. tak tau la wujud lagi ke kedai tue..tapi yang pasti kalau dah ada cawangan kat KL nie rasanya dah maju dah...hmm satu lagi aku cakap kat wife aku diaorang masak char kuew tiaw nie tak sampai seminit hehe (betulke...ni korang kene pegi tengok sendiri)So kawan2 yang pernah rasa please give your feedback.

Sunday, April 03, 2011

Nasi Lemak-Village Park, Damansara


Kita org melayu nie kalau tak makan nasi lemak utk sarapan kadang2 rasa macam tak sah pulak. Minggu lepas aku berkesempatan bersama family utk pergi bersarapan nasi lemak. Terdapat banyak nasi lemak kat KL nie, tapi semuanya ada kelebihan sendiri. Kalau berkesempatan aku akan kongsi ngan korang tempat2 nasi lemak nie. Ok, Nasi lemak yang aku maksudkan nie terletak dekat damansara. Aku dapat tau kedai nie nasi lemak sebab dulu aku selalu pegi sebelah kedai nasi lemak nie (Ngn Joo Ngan ; Kedai Jual Basikal-4,5 tahun dulu).
Lokasi kedai nie terletak kat damansara (uptown-damansara;yg dulu) or Jalan SS21/37, Damansara Utama. Landmark utk ke sini kedai ni berdekatan dgn BHP petrol...so kalu korang jumpa stesen minyak nie; korang jumpa la kedai nie.
Menu kat kedai nie, macam-macam; ada nasi dagang, mee udang penang (Hokkien Style kot), nasi lemak dll. senang crite mcam kopitiam jugak lah. Aku cadangkan kalau korang datang ke sini cuba lah nasi lemak dia (Nasi dia rasa lain dari yg lain) dan mee udang penang (bagi aku rasa dia asli; macam yg pernah aku makan kat penang). Makanan kat sini halal sebab pemilik kedai nie org islam, so tak yah nak risau la.
Satu yang menarik bila aku pegi makan kat kedai nie selain makanan dia sedap, aku juga dapat tengok gelagat org2 melayu moden (almaklumlah aku org kampung-hmm!). Ye la, dekat damansara ngan TTDI konon. Kalu korang nak merasai pengalaman yang aku dapat setiap kali aku makan kat kedai nie..boleh lah datang ye..

Oh..satu lagi..harga kat sini standard damansara ngan TTDI; so sedia budget la ye.