Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

Nasi Ayam Black Paper & Sambal Bandar Baru Uda


Nasi Ayam adalah salah satu juadah makan tengah hari bagi penduduk kat malaysia nie. kadang-kadang satu medan selera tue ada 3 atau 4 kedai jual nasi ayam...(biasa la orang melayu berniaga)..
Kali aku nak bawak cerita kat korang semua; Nasi Ayam Black Paper.. Selalunya nasi ayam nie dia punya set Nasi ayam + Ayam+ Sup + kicap + sambal. Ok tempat yang aku makan nie sambal dia ada dua jenis satu sambal dan satu lagi black paper...
Bagi aku kedua-dua jenis sambal nie memang sedap.. pergh.. Kalau sape sape nak kesana; Medan Selera nie terletak dekat Bandar Baru Uda, Johor Baharu; Jalan Padi Ria 15. Medan Selera nie dekat dengan Masjid Bandar Baru Uda..jadi tak yah la nak susah susah nak cari tempat nak solat kalau lepas lunch tue. Kalau tak berkesempatan nak merasa Nasi Ayam Black Paper nie waktu siang..waktu malam pun dia bukak, so korang boleh plan la bila nak try.

Tuesday, October 19, 2010

Mee Kari & Cendol Taman U

Dah lama tak makan kat sini...dulu kerap jugak singgah pekena mee kari dia..bak kata AR Tompel; "Pekat Likat".
Mee kari nie rasa macam chinese style sikit, sebab dia letak; Fish Ball ngan Tauhu Kering Kiub ngan kerang.Tak macam mee kari melayu dia letak daging ayam atau ayam ketul2. Kalau sape-sape first time makan..mesti tersedak kalu menghirup kuah nie...
Slalu aku makan mesti dengan Cendol. Cendol kat sini sedap, santan dia ada campur dengan perisa pandan skit tue yang menyebabkan dia nampak hijau skit. Kat sini kalau kita order cendol..dia akan hantar cendol je, dan kalau nak cendol yang slalu kita makan ; kene la order Cendol + kacang or Cendol pulut + kacang; Harga dia macam biasa..harga di pasaran..hehe tue yang menyebabkan ramai orang datang kat sini..Kat sini ada macam- macam menu goreng ngan nasi lemak.
So kalau sape-sape nak rasa lokasi dia dekat Jalan Kebudayaan 8,Taman U (Dekat Food Court ).Berdepan dengan Old Town Caffe.

Wednesday, October 06, 2010

Cendol Halim; Batu Pahat.



Tahun nie, aku beraya dekat Batu Pahat, dalam dua minggu la duduk kat sana. Nak di jadikan crite, ada satu ketika tue masa aku beriktikaf dalam masjid, ada la dua hamba allah nie bersembang..rancak dia berbual. Disebabkan telinga nie tak de filter nak menghalang dari aku mendengar...terpaksa la aku pasang telinga. Apa yang disibuk disembangkan oleh mereka berdua nie adalah pasal makanan yang sedap...kat KL. (Ooo, org KL la nie balik beraya).
Jauh jugak perjalanan crite diorang nie...tiba-tiba sampai batu pahat; salah seorang kawan nie bercerita pasal cendol dekat batu pahat nie sedap..menurut di cendol nie dah lama dah kat pasar tue..skarang nie dah dua generasi dah. Sorang kawannya la mengiakan cerita kawan yang tak dikenalinya...
Tiga hari lepas tue, aku bawak Wawa (anak aku), pergi makan cendol nie. Dah lama dah aku tahu cendol nie sedap..Orang Rumah aku crite dan dah banyak kali singgah makan bila pegi ke pasar batu pahat tue..Disebabkan oleh crite dua orang hamba allah nie lah membuatkan aku teruja nak pegi makan utk story blog aku nie...
Ok..lokasi Cendol Halim nie dekat Pasar Batu Pahat, so kalu nak ke sana senang je, sebab bandar batu pahat nie jalan dia banyak one way. Kalau korang berada kat pejabat pos (sebelah kanan), jalan terus je.. pas 2 simpang yang ke 3 belok kiri dan terus je.
Nak crite pasal cendol; ia bergantung kepada santan mesti segar, gula melaka yang asli jangan campur gula, ais mesti halus, Cendol (jangan terlebih kapur nanti keras). Kalau nak rasa datang lah ke Batu Pahat nie.

Monday, September 27, 2010

Conclusion : Ni la Nasi Beriani yg tersedap skali.


Dah lama..tak tulis blog, bukan nya apa skarang nie, internet slow sangat pasal tak tau pasal apa.
lepas raya hari tue..aku berkesempatan merasa beberapa kedai yang menjual nasi beriani dekat batu pahat; tempat yang terkenal dengan Nasi Beriani..kalu korang nak tau boleh lah refer story yang dulu.So aku dah merasa semua kat batu pahat tue..
Kali nie aku nak tutup crite pasal Nasi Beriani nie....sebab aku bila aku makan nasi beriani nie aku tambah nasi beriani kosong satu lagi..
Ok. tak nak tulis banyak-banyak; lokasi nasi beriani nie dekat jalan pendidikan1,Taman Universiti, Skudai Johor. Nama Restoran dia Restoran Shahab...Sapa-sapa yang turun JB singgah la kat Taman U, kalau nak kesana...bermula dekat JUSCO sebelah kira..terus masuk kiri lepas JUSCO, terus jumpa shop lot..hah dah sampai..land mark dia dekat restoran Mama & Papa Grill. Ok cakap banyak tak nak...conclusion dia NASI BERIANI SHAHAB, Taman U adalah yang terbaik aku rasa..buat masa nie. Apa lagi ada bran. Yang pasti kalu makan nasi beriani nie..korang mesti refer story yang lama aku tulis tue.

Tuesday, July 27, 2010

Murtabak Paling Sedap Skali......

Crite nie, masih di kelantan lagi...Bagi family aku, murtabak yang paling sedap skali ialah dekat sebelah bangunan PAS dekat jalan Dato Pati, Dari aku kecik sampai skarang rasa dia masih sama walaupun daging dia tue dah kurang...
Kalau tak silap aku..murtabak nie dah wujud sejak tahun 70an lagi. Tiap kali aku beli, paling kurang 20 keping. Mana tak nya sorang makan dah dua keping. Masa awal tahun 90 an dekat Kota Bharu saja ada 3 kedai yang menjual Murtabak nie. Tapi skarang rasanya ada satu je tinggal.
Lokasinya terletak dekat Restoran Mutiara Corner ( tempat yang PM Najib singgah makan nasi bungkus masa lawatan ke kelantan). Yang Menarik kat restoran nie, waktu pagi sampai tengah hari dia jual Nasi Padang (Sumatera) dan sebelah petang pulak Murtabak. Apa yang menarik tentang murtabak nie..susah aku nak crite..sebab memang sedap. Sampai sanggup bungkus bawak balik KL.
Saiz murtabak nie tak besar sangat dan acar bawang dia memang menangkap..dan Manis.
Ok sapa-sapa singgah di kota bharu jangan lupa pekena murtabak nie. Aku gerenti puas hati punya.
Kalu tak silap aku nama murtabak nie dulu Murtabak Hjh Halimah..

Tuesday, July 20, 2010

Yong Tau Foo PCB Style ( Colek)


Hmm, kali nie aku nak panjang kan lagi crite bab spesis Yong Tau Foo nie.. Kali nie kat kelantan. Sebenarnya makanan nie bukanlah Yong Tau Foo, cuma sebab kebanyakan makanan nie produk dari pada makanan laut..so aku masukkan lah dalam keluarga Yong Tau Foo.
Tak tau lah nama sebenar makanan nie tapi dari aku kecik sampai skarang dia orang panggil "Colek". Kadang-kadang aku pun tak paham orang kampung aku nie; apa saja makanan yang kalau di makan dengan sos yang dibuat sendiri mesti panggil colek...hatta rojak (buah jeruk) dan cucur udang (tepung malas) jugak dia panggil "Colek"
Kalau sapa-sapa berkesempatan pergi melawat Kelantan.. jangan lupa singgah ke PCB ; Pantai Cahaya Bulan.. PCB nie kalau masa nama dia Pantai Cinta Berahi memang cantik.. tapi sekarang dah tak macam dulu dah...sebab pantainya dah lenyap di ganti dengan batu granite yang besar sebagai penambak pantai.
Kebanyakan gerai makan kat sini mesti ada jual "Colek" nie...anggaran lebih daripada sepuluh kedai la yang menjual juadah nie..
Untuk pengetahuan makanan nie, kesemua makanan seperti 1. Fish ball 2. Crab ball 3. sotong 4. Ikan kembong 5.Udang 6. produk makanan laut macam yong tau foo. 7. Keropok lekor ; di salut dengan tepung dan digoreng.... cara dia hidangkan makanan nie di makan dengan sos manis (dah kat kelantan; mesti la manis) berkacang dan ditambah dengan salad + timun.
Harganya bergantung pada apa yang kita ambil... hari tue aku makan untuk dua orang RM 35 (Udang 5 ekor + Sotong sebesar botol mineral water kecil + Keropok lekor panjang + fish ball).
Tiap kali aku balik Kelantan je mesti wife ajak pergi makan kat sini...mungkin sebab, masa baru2 kawin tue aku bawak kat sini untuk makan makanan yang dia tak pernah jumpa...
Oleh sebab kat sini banyak sangat kedai yang jual "Colek" nie aku tak boleh nak rekomen tempat mana yang sedap...so korang kene cuba lah...
Untuk peringatan kalau pilih tue sotong, ikan kembong, udang ; harga dia mahal la sikit tapi tak lah semahal pasembor padang kota+udang+sotong..heheh ( jangan marah sebab memang mamak tu suka katok orang).

Sunday, June 06, 2010

Yong Tau Foo - Kg. Pandan, KL



Bulan lepas, selepas makan Yong Tau Foo di Kg. Melayu Majide, membuatkan nak pergi satu kedai Yong Tau Foo.
Tapi kali nie lokasi dia kat (Kg. Pandan) KL. Jalan nak ke situ agak pening skit sebab dia jalan One way. Kalau ada yang teringin nak merasa yong tau foo nie; first sekali landmark dia Restoran Kg. Pandan, pas tu masuk jalan thaver, straight..kedai (rumah) dia sebelah kanan dekat simpang. Nak kena dua kali pusing dulu baru dapat..kut.
Rasa yong tau foo nie biasa la bergantung pada kuah dia...so kat sini yang standard dan sup pun ada..boleh pilih ikut citarasa..Tapi aku suka kuah standard dia yang pekat dan manis tue...yang isi-isi dia tue cam biasa lah beli yang dah siap dah.
Rasa dia memang best...seperti yang digambarkan oleh sape-sape yang pernah pegi. Tentang harga, kedai nie gunakan teknik yang sama macam kat kg. Melayu Majide...tapi dia tak letak harga cuma tulis no..je, bila nak bayar dia tanya kat pinggan nombor brape. kadang-kadang ada dua nombor kat pinggan...
Pasal harga berbanding ngan rasa; aku ada komen skit pasal aku total untuk dua org dewasa makan plus air semua skali RM 22. Bagi aku mahal. Maybe next time nak repeat balik, betul tak harga dia nie.

Monday, May 31, 2010

Yong Tau Hu- Kg. Melayu Majide


Kalau dulu Yong Tau Hu atau Yong Tau Foo nie sinonim dengan masyarakat cina di malaysia, di sebabkan oleh berlakunya pergaulan dan agensi kerajaan maka, cara pembuatan kuah dan segala isinya dapat dikongsi oleh masyarakat melayu. Oleh itu masyarakat melayu dapatlah menikmati hidangan nie. Bagi aku kesedapan Yong Tau Foo nie bergantung kepada kuah dia..sebab yang lain tue dia orang just beli yang dah siap je..tapi yang tak best nya ada peniaga-peniaga nie, beli isi-isi dia (fish cake, tauhu kering dll) dari pengeluar yang boleh diragukan dari hukum syarak tentang kandungannya..terutama skali kueh teow dia...harap-harap peniaga-peniaga yang beragama islam nie tolong ambil perhatian sikit.
Ada orang suka makan yong tau foo sup dan ada juga yang suka makan yong tau foo yang standard ( kuah manis pekat + kuah pedas)..
Kalau berkesempatan ke Kg. Melayu Majide, ada satu kedai yang menjual Yong Tau Foo Sup. Lokasi dia dekat medan selera Kg Melayu Majidi. Sup dia memang rasa SUP tak rasa air dan sambal dia membuatkan ia lagi sedap. Apa yang menarik kat kedai nie, harganya ditulis dengan maker pen kat piring pelapik mangkuk Yong Tau Foo nie. So bila dah habis makan tu, angkat lah mangkuk tu kalau nak tau harganya.
Sape-sape yang nak try boleh lah singgah kat kg Melayu Majide ni..

Wednesday, May 19, 2010

Catatan Perjalanan Singapore

Ada orang kata, nak pegi singapore nak kene ada duit banyak al maklumlah currency dia double dari duit kita...dan Jangan Lupa Bawak PEN, kamera, mineral water ,map yg sesuai aku cadangkan map public transport dan sarapan kenyang2.
Kali nie aku nak bagi guide kepada sesiapa yg nak pegi singapore dengan budget yg ada. Ok, first check out passport kat imegresen malaysia (JB), pas tue ke stesen bas kat bawah untuk ke Singapore. (Berjalan dari City Square JB-Imegresen-stesen bas; jauh jugak, sesiapa yg bawak anak ngan org tua susah sikit la, for ladies..pakai seluar panjang senang nak berjalan.Ada beberapa destinasi bas kat situ; keranji,bugis street,queen street, dll. So sebab nak pegi melancong..pilih bas ke queen street or bugis street; kita orang ke queen street tiket dia RM 2.50.
(Tiket Simpan).Naik bas..sampai ke imegresen singapore; semua org akan turun..dan ada yang berlari; follow je dia orang tue;sampai kat imegresen isi borang ( kalu tak de pen kan susah; sebab kat situ pen tak di sediakan). Habis je chop pasport..pegi ke stesen bas..follow org je; then pilih destinasi kita tadi..at this moment korang dah terasa situasi yang berbeza. Semasa beratur nak naik bus,conductor mintak tiket bas tadi. Perjalanan ke queen street agak membosan kan sebab,bus tu slow je dia bawak 60 km/j. (patut la atas highway kita diaorg lepas geram).
Sampai je kt queen street; bukak map then berjalan ke destinasi; Orchard Road, Masjid Sultan, Kampung Glam, Melay Heritage, Masjid Hajjah Fatimah. Aku cadangkan supaya lunch kat sini ngan Sembahyang, kalu tak nanti susah.
Habis je pusing2..kita orang naik SMRT kat stesen Lavender untuk ke Merlion Park ; aku suggest turun dekat Raffles place dekat sikit; harga tiket dia SGD 1 ( tapi kene bayar SGD 2 utk tiket; nanti boleh refund balik SGD1 tue kat tiket machine). Bukak map, terus ke Merlion Park dan esplanade; walking distance je; dah habis bergambar kat tempat wajib dilawati..
Next destination Sentosa Island; Pegi balik ke Raffles Place station amik tiket ke harbour front (harga tiket dia SGD 1.40; sebab tak tau nak top up- refund balik tiket tadi dan bayar balik SGD 2.40). Sampai kat Harbour front nie perut dah lapar...jenuh mencari tempat makan was-was la katakan; mcdonalds & KFC sini halal jangan takut; tapi datang tempat org makan benda yang sama jugak kan tak best. Jalan punya jalan kat (Harbour front-Vivo City ) terjumpa la satu kedai; alhamdulillah baru jumpa..Kita orang makan nasi padang ngan air tin- total semua nasik SGD 4.50 + Air Tin SGD 1.50.
Nama kedai nie Nur Muslim Food Varieties..Nasi Padang nie cara dia serve; Nasi + Ayam Sambal + Sambal Goreng ( org johor tau benda nie) + sambal + sambal nyok ( sambal kelapa). Rasa dia agak masam-masam skit.
Tapi sedap gak.
Lepas habis makan kita org ke Monorel station ke Sentosa Island; tiket dia SGD 3 dolar. Dalam Sentosa Island nie ada macam-macam tempat nak pegi; tapi kalu nak join aktiviti siap la duit tue.. Nak tau tempat tue korang boleh surf internet atau datang sendiri sebab nanti boleh map dia. Destinasi kami ke sentosa Island nie nak pegi ke Universal Studio. Tempat kat sini menarik..tapi banyak construction..kalu nak pegi setahun lagi baru elok. Kalu sape2 nak melangkah ke pintu Neraka ( Casino) pun boleh..tak kene tangkap macam kat genting.
Kebanyakan aktiviti kat Sentosa Island nie tutup pukul 7..so kita orang nak kene balik. Dari Sentosa Island ke Vivo City tak yah bayar tiket..sebab tiket dia pergi balik.
Dari Stesen Harbour front kita orang amik tiket ke Woodlands tiket dia SGD 2.20 (jangan lupa refund balik tiket yg datang tadi). Perjalanan ke Woodlands amik masa dalam 40 minit. Kebanyakan under ground je.
Dari woodlands amik bus ke JB dengan tiket beharga SGD 2.50 ke kota raya... So proses yg sama jugak, kecuali tak yah isi borang..dan bila sampai kat imegresen tue boleh la pilih samada nak naik bas tue balik ke tak atau berjalan kaki ke city square je...
Ok tue saja cacatan perjalanan untuk sape-sape nak try pergi melancong cara back packers...singapore adalah permulaan.Lebih kurang SGD 18 je belanja @ RM 40.....Ada branie boleh cuba.

Wednesday, May 12, 2010

Kacang Pool Haji...


Tiap kali member 2 turun JB nie, slalu tanya ape makanan yg special kat sini. So nak melayan sahabat, aku bawak la dia org pekena Kacang Pool nie. Rasa nya,dah banyak kali aku makan kacang pool nie. Apa yg special tentang juadah nie; boleh dikategorikan sepupu bubur kacang la, cuma dia tak campur ngan santan.
Cara dia serve ; kacang pool nie dia ada telur goyang bak kata member aku "PD", cabai , limau dan roti bakar satu inci tebal. Rasanya memang sedap berbaloi ngan harga. Kalu sapa-sapa nak try lokasi kat JB nie ada dua tempat satu dekat medan selera larkin sebelah balai bomba dan satu lagi kat sebelah stesen bas larkin. Slalunya aku pegi kat sebelah stesen larkin je. Sape sape yang duduk kat KL..tak perlulah turun JB, sebab dia ada bukak cawangan kat Ritze Perdana, kat Damansara Perdana, harga kat KL nie rasa aku mahal skit la, tapi kalu korang nak save duit boleh turun JB makan..gambar yg aku upload nie kedai dia kat sebelah stesen bas larkin.

Monday, May 10, 2010

Burger... CAKANOZ


Aku teringat dulu..masa lepas SRP, tolong member jual burger; upah dia RM 10 dari pukul 6 ptg sampai pukul 12 tgh malam dan masa hari sukan sekolah (Sold Out).
Ada jugak member-member yang jual burger masa kat hostel sekolah vokasional taiping; dia org jual burger RM 1.50 sebiji. Masa kat hostel dulu, sape2 nak jual burger nie kene amik lesen. Aku tak de lesen jual burger tapi aku lesen jual Roti Canai.
Menggoreng daging burger nie sebenarnya ada teknik tertentu; kalau tak caya try korang beli burger kat pasar malam dengan burger kat teping jalan..rasanya pasti berbeza.
Kali nie aku nak kongsi burger yg dinamakan CAKANOZ; yang menarik tentang burger nie ialah idea pemilik penjual burger nie; cara burger nie dibuat daging burger nie dihancurkan pas tu gaul dalam telur (campur ngan rempah) dan dimasukkan dalam bekas benjo and then macam biasa dressing.
Sape-sape teringin nak pekena burger nie lokasi dia dekat Kg. Dato Onn kat Larkin, Belakang hospital puteri. Tak pun korang google Map je nama hospital tue.
First time kita orang cari tempat nie 3 kali pusing baru jumpa... Rasa nya memang best dan berbaloi dengan harga nya...

Tuesday, May 04, 2010

Ayam Panggang-Pantai Dalam




Ada orang kate fenomena Ayam Panggang (Ayam Golek) nie mula diperkenalkan oleh Ore Klate hok dok boring nok nego Tomyam sebab dah ramai dah nego tomnye di KL nie..(betul ke tak..aku pun tak pasti), tapi yang pasti salah satu juadah untuk kenduri kahwin di kelantan memang tak sah kalu tak de ayam Golek nie..
Kali nie aku nak syer satu tempat yg menjual ayam golek yang sedap dekat KL nie; satu kat ampang satu lagi dekat Pantai Dalam. Yang kat ampang tue..nanti bila ada masa aku syer ngan korang semua.
Ayam Panggang kat Pantai dalam nie dah selalu dah masuk majalah ngan surat khabar, lokasi dia dekat pantai dalam..kalu dari UM tue ada terus je sampai satu simpang 3, pas tue amik kiri...kedai dia kat hujung deretan kedai.Ada la lebih kurang 100 m dari simpang yang masuk tadi..
Nama Ayam Panggang nie kalu tak silap aku nama dia "Ayam Panggang 5 Bintang". Harga di memang berpatutan dengan rasa dia..Rasanya kalu Sorang Makan pun boleh habis sekor. Satu lagi kene makan panas-panas cicah dengan sos istimewa dia; pergh sedak nyakuk.

Ok that's all for now...nanti kalu ada mase kite gie tempat lain pulok.

Saturday, April 24, 2010

JJCM-Batu Pahat-Pontian

Batu Pahat, tempat yg terkenal dengan nasi beriani;antara tempat yg glamour 1. Peserai 2. Bukit Soga 3. Bukit Pasir.
Kalau sape2 nak try nasi beriani power kat Bukit Soga nie, first skali land mark dia Hospital BP, sebelum sampai Hospital nie nanti jumpa roundbout kecik, amik pukul 3. Terus masuk dalam kawasan perumahan; lepas je 3 simpang nanti akan nampak shop lot..hah amik kanan (turun bukit skit) nanti nampak kedai warna hijau...tu la tempat dia.
Kalu nak order aku suggest order skali papedom ngan acar buah ngan air sirap bandung; baru la cukup sifat nasi beriani nie kalu tak....bagi aku set dia tak complete. Jangan lupa telur pindang jugak; dua - tiga hari rebus telur nie tau..
Lepas tue rombongan nie terus ke sengarang nak try pulak kerang bakar...tapi aku dah tak ingat lorong nak masuk...kita orang lepak je kat tanjung labuh, sambil minum Air Ais Kirim Soda "CAP AYAM"....sapa brani boleh try Air nie...

And then...misi ketiga ke pontian utk makan Murtabak Hamid; lokasi dia sebelah Bus Station Pontian...Sapa sapa nak try murtabak nie aku suggest kene datang awal, kedai dia bukak pukul 2...kalu nasib tak baik pukul 5 dah habis...Alhamdulillah dapat jugak merasa Murtabak nie...Kalu nak order order yg Special harga dia RM 9 boleh makan sampai 5 orang.


Habis je makan terus balik ke Skudai...untuk atur lokasi seterusnya....
Next planning kita orang nak pegi ke Parit Jawa pekena Asam Pedas ngan Mee Bandung Muar...

Friday, April 23, 2010

Adakah ini langkah atau hanya berdiri sahaja.

Bila bukak balik blog nie rupa dah lama tak update....dah bertahun rupanya;
nak tulis blog nie memerlukan komitment jugak...macam aku nie, rasanya
tak de komited untuk mejadi salah seorang daripada beribu-ribu blogger yang
ada...

So mulai hari nie, try tengok macam brapa lama lak boleh bertahan.......