Nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

Sup Meletup; Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan


Hari tue, berkesempatan pergi melawat adik aku yang baru pindah rumah. Rumah dia terletak dekat Bandar Tasik Selatan. Bagi mereka yang membesar dengan Rock Kapak macam aku nie, setiap kali sebut nama tempat nie mesti nak nyanyi (Lagu Cinta Bandar Tasik Selatan; Olan)...haha.
Ok lah, kawasan tempat nie boleh dikatakan seangkatan dengan kg. kerinchi or lembah pantai; dimana penempatan penduduk yang terlebih padat dan simpanan tetap untuk Be End. So bila tiba tempat nie, satu tempat yang nak kene rasa ialah; Sup Meletup. Menurut riwayat nya nama nie diambil sebab berdekatan dengan simpanan tetap Be End (Kem Sg. Besi). Untuk maklumat korang semua kedai nie terletak dekat betul-betul simpang nak ke Komplek Sukan Desa Tasik. Bagi yg tak tau lokasi dia boleh google map la ye..
Bagi aku, sup meletup nie, cara masak dia style sup utk mee/bihun sup utara...jadi rasa dia pun lebih kurang sama dengan je...Apa yang menarik nya tentang sup nie...bila kita kacau kuah dia, dia akan menjadi warna merah, desebabkan oleh sambal yang diletakkan dalam sup nie. Satu lagi, dalam sup nie ada lobak masin..trade mark bagi sup utara nie...
Bagi aku rasanya biasa saja..aku makan nasi putih + Sup Meletup daging + telur dadar.Apa yang penting, sape2 yang berkesempatan datang ke Bandar Tasik Selatan boleh try Sup Meletup nie. Dengar crite dah banyak cawangan Sup Meletup kat KL nie so korang boleh cuba, try , test tengok. Dan bila dah cuba jangan lupa bagi komen anda tentang Sup Meletup nie...
Apa yang penting, sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

Monday, March 14, 2011

Hutan Bandar- JB ; Marissa Burger & Western Food

Dah dua tiga kali aku datang sini...asyik 2 tutup je; dalam hati rasa macam nak menyumpah je.... Lepas buat post mortem baru la aku tahu, kedai nie hari Isnin dia tutup. So kalu nak pegi kedai nie datang la hari lain ye...
Ape yang menarik kat Hutan Bandar-JB nie; bukan tempat nak dating je or bawak anak-anak tengok keindahan hutan dalam bandar tapi semestinya makanan yang sedap, sebab blog nie memang khusus untuk tempat makan yang sedap saje bagi aku, yang selain dari pada tue, tak leh masuk list.
Makanan yang aku maksudkan ialah makanan western food and burger. Lokasi dia dekat Hutan Bandar-JB (boleh refer map, kalau tak tau) dan kalau nak pegi sini, kene datang malam sebab dia bukak waktu malam. Makanan kat sini aku recomend Chicken Chop (RM 5 je) dan Grill Chicken. Makan Chicken Chop kat sini memang sedap, sebab kuah brown sos dia"A". Juadah kat sini ada macam-macam standard kedai western food, cuma aku belom rasa lamb chop dll. Kalau sape-sape pernah rasa boleh bagi comment. Satu lagi..kedai nie memang ramai orang, jadi kadang2 takde tempat nak duduk mungkin kene tunggu la. Dan sape2 nak bawak family makan western foodaku recommend kat sini sebab harga dia murah dan banyak pulak tue. Almaklumlah kalau anak ramai tue..paham2 sendiri la kan. Hah! satu lagi sapa2 yang dah baca entri "apple hijau ku" boleh datang kat hutan bandar nie mungkin terjumpa pasangan kita telah berlaku curang atau ......hehe tak leh cakap sendri mau ingat. Apa-apa pun kalu nak makan tu bermula dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah. Jumpa lagi dalam entri yang lain.