Nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

Sup Meletup; Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan


Hari tue, berkesempatan pergi melawat adik aku yang baru pindah rumah. Rumah dia terletak dekat Bandar Tasik Selatan. Bagi mereka yang membesar dengan Rock Kapak macam aku nie, setiap kali sebut nama tempat nie mesti nak nyanyi (Lagu Cinta Bandar Tasik Selatan; Olan)...haha.
Ok lah, kawasan tempat nie boleh dikatakan seangkatan dengan kg. kerinchi or lembah pantai; dimana penempatan penduduk yang terlebih padat dan simpanan tetap untuk Be End. So bila tiba tempat nie, satu tempat yang nak kene rasa ialah; Sup Meletup. Menurut riwayat nya nama nie diambil sebab berdekatan dengan simpanan tetap Be End (Kem Sg. Besi). Untuk maklumat korang semua kedai nie terletak dekat betul-betul simpang nak ke Komplek Sukan Desa Tasik. Bagi yg tak tau lokasi dia boleh google map la ye..
Bagi aku, sup meletup nie, cara masak dia style sup utk mee/bihun sup utara...jadi rasa dia pun lebih kurang sama dengan je...Apa yang menarik nya tentang sup nie...bila kita kacau kuah dia, dia akan menjadi warna merah, desebabkan oleh sambal yang diletakkan dalam sup nie. Satu lagi, dalam sup nie ada lobak masin..trade mark bagi sup utara nie...
Bagi aku rasanya biasa saja..aku makan nasi putih + Sup Meletup daging + telur dadar.Apa yang penting, sape2 yang berkesempatan datang ke Bandar Tasik Selatan boleh try Sup Meletup nie. Dengar crite dah banyak cawangan Sup Meletup kat KL nie so korang boleh cuba, try , test tengok. Dan bila dah cuba jangan lupa bagi komen anda tentang Sup Meletup nie...
Apa yang penting, sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

3 comments:

Eiza GreenAppleKu said...

Cerita tentang sup miso ada tak? Sup ni breakfast wajib orang jepun.

pelesitor said...

nanti nak kene pegi jepun lak, nak breakfast kat sana, baru boelh masukkan dalam blog nie..hmm nanti tgk tiket air asia dulu...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.