Nuffnang

Monday, January 17, 2011

Warung Ibu-Nasi Ambeng + Soto

Untuk tahun 2011 nie, perjalanan untuk merasa masakan yang sedap (baca Glamour) bermula di Tanjung Karang iaitu Warung Ibu. Rasanya my wife dah mengidam (alhamdulillah kalau tuhan bagi rezeki) kut bila pagi ahad lepas dia ajak pegi ke Tanjung karang nak rasa mee udang banjir..

Aku tak pernah rasa mee udang selain dari mee udang kat Penang sebab bagi aku kat sana lah tempat mee udang yang sedap...
Wife aku cakap mee udang nie sedap sebab dia tengok serena chef wan makan dalam jalan-jalan cari makan. Aku jawab " Dalam TV kalu tak sedap pun kene cakap sedap; macam cerita lawak (baca senario) yang entah apa2 pun audiens kene suruh gelak.
Ok nak dipendek kan cerita...sampai je kat mee udang banjir tue...kedai dia tutup.. haha..kempunan gak, tapi dari first impression aku rasa mee udang nie tak sedap..sebab dia tutup, kalu sedap mesti tak tutup sebab duit masukkk.Tak pe lain kali aku akan datang lagi...
So perut pun dah lapar dah lebih 40km berjalan, aku decide kita makan kat warung ibu yang terkenal dengan NASI AMBENG & Soto.
Nasi Ambeng nie adalah salah satu juadah (slalu masa kenduri tahlil kut diaorang buat) lepas habis je majlis pakat pakat bahagi juadah yang terhidang dalam talam dimasukkan dalam plastik (baca bekas) untuk dibawa pulang. Aku teringat lagi kisah nie masa majlis di rumah seorang sahabat MAAROF nama dia di Parit Sempadan Kat Parit Raja, Batu pahat Johor.
La "Rope" apsal dia bungkus semua nasik tue, apsal tak makan je ramai2; aku tanya maarof. "ha nie la cara orang jawa makan nasik ambeng" jawab maarof dengan selamba."Abih kita orang pun kene buat macam tue ke-bungkus pas tue makan kat umah" sampuk aku lagi." Untuk korang kene makan kat sini, kejap lagi 4 talam aku kluarkan" balas Maarof.
Di pendek kan crite Nasi Ambeng nie cara dia serve ; ada ayam(kalu yg asli ayam goreng je; sebab org jawa nie suka makan nasik kurang kuah betul ke...( bagi aku tak leh beb tercekik); sambal goreng; mee goreng; serunding kelapa.
Bagi aku sambal goreng dan serunding nie memainkan peranan penting bagi nasi ambeng nie..sebab nya dua juadah nie yang membeza kan kesedapan nasi ambeng nie..
Macam nasi ambeng dekat Warung Ibu bagi aku Serunding Kelapa dia memang sedap...yang lain bagi aku biasa je...
.
Satu lagi juadah kat sini dia punya Soto...rasa dia sedap jugak cukup sifat bagi aku..cuma ada nasi dia yang tak hancur berketul tekturnya.
Ok...Kalu sapa sapa nak ke warung ibu nie lokasi dia on the way ke bandar tanjung karang dekat Kampung sungai gulang gulang kalau tak silap aku kedai dia sebelah kanan jangan takut sign board ada bila nak sampai..
Ok itulah pembukaan crite dalam blog aku tahun nie; bye..jumpa lagi

0 comments: