Nuffnang

Saturday, October 08, 2011

Mee Udang Ayu-Teluk Kumbar

Waktu zaman lepas sekolah,al-maklumlah masing-masing dah kerja..kalau dapat bawak keluar TZM tue kira hebatla.hahah..Ni bukan crite pasal moto..tapi cerita pasal Mee Udang.Aku just nak kongsi ngan korang crite pasal mee udang.Rakan sparring aku makan mee udang nie..nama dia Azly Kassim. Selalunya bila tiba hujung bulan (time dapat gaji)
tak dia cari aku-aku cari dia, kita orang akan pegi ke teluk kumbaq.kalau korang nak tau kat teluq kumbaq nie bagi aku ada 4 kedai jual mee udang yang sedap; satu kat sg batu, satu kat jalan on the way ke gertak sanggui, dua lagi lagi kat lengkok kg masjid.Itu crite 10 tahun dulu.Since, aku revisit my own backyard, aku pilih Mee Udang kat Lengkok Kg Masjid sebagai destinasi istimewa buat family aku. Bagi aku kedai dia memang bersih dan tip top..bak kata orang, kalau anak kita berguling atas lantai nak makan udang lagi,tak risau la baju dia tak kotor..Haha tue intro je...
Kepada mereka yang ke Penang aku cadangkan korang cuba Mee Udang nie dan satu lagi yang Mee udang kat stadium(Hokkien Mee), bukannya ape..aku takut bila korang sembang dengan mereka yg bukan melayu, diaorang akan refer Penang Prawn Mee (hokkien mee) tapi korang maksudkan mee udang yang lain. Sebab tue la aku masukkan kedua-duanya sekali supaya korang boleh cuba dan bandingkan. Yang pasti hanya yang terbaik je aku masukkan dalam blog nie.
Nama kedai nie Ayu Mee Udang, Lokasi dia dekat lengkok kg Masjid Satu, Teluk kumbar, kalau korang dari bayan lepas nak ke balik pulau, sampai ke pekan teluk kumbar,masuk kiri ke gertak sanggul pastu nampak balai polis masuk kanan..hmm terus nanti jumpa kedai dia tue. Bagi sape-sape yang nak bawak family ramai, aku nak bagi tau skit yang harga dia RM12 semangkuk so, beringat la skit..nanti tak pasai2 kene tong-tong ngan yg lain. Kat sini bukan mee udang saja yang disajikan, bagi yang ingin kan kelainan nasi goreng udang pun ada. Hmm macam mana rasa dia lak...rasa dia memang terbaik..sampai wife aku nak repeat balik nanti bila ada kelapangan...aku kata tak susah nanti aku kawin ngan org kat2 situ; nanti kalau nak pegi makan takyah susah nak sewa hotel ape semua..(hehe gurau je..)
Rasa aku cara dia masak ,simple je..tomato puri ngan air rebusan udang; dengan saiz udang yang besar lebih dari 6 ekor berbanding dengan Hokkien Mee yang kompleks skit ,di tambah pulak dengan cili potong+bawang dan telur rebus sebagai bahan tambahan telah membuatkan kombinasi dia memanggil-manggil utk kembali menikmatinya.
Akhir Kata..Mulakan dengan bismillah dan akhiri dgn Alhamdulillah..

1 comments:

Eiza GreenAppleKu said...

Terbaekkkkk!!!