Nuffnang

Friday, June 24, 2011

Padang Kota


Tiap kali pelancong datang ke Penang mesti datang kat sini, Padang kota. Dahulu Kawasan
(20 tahun dulu) nie dipenuhi dengan penjaja, selepas tue, ia dinaik taraf dan selepas berlakunya tsunami ianya dibaiki sekali lagi utk dijadikan medan selera. Suatu waktu dahulu, kalau ada kawan2 atau sedara mara yang datang melawat pulau pinang; aku nasihatkan kat dia orang jangan makan kat sini.Mungkin ada pembaca, yang merasakan aku nie cuba menutup periuk nasi mereka. Tidak sama skali, sebab setiap rezeki tu dah ditentukan oleh Allah.Tapi ini adalah satu teguran untuk membina kerana Pulau Pinang dikenali sebagai pelbagai makanan yang enak2. Kenapa aku berkata sedemikian; ini adalah kerana 20 tahun dulu dan sehingga aku datang kembali situasi dia adalah sama tak berubah.
Oklah nie cerita aku, nie kali kedua aku kembali ke Penang nak bawa isteri yang tercinta, menikmati juadah yang satu ketika dahulu menjadi santapan anak muda ini yang satu ketika dahulu bersama rakan-rakan sekampung (baca Se-Flat).Aku ada bagitau wife aku seperti yang di perenggan pertama tue.Tapi dia cakap tak pelah, dia nak cuba. Dengan hati yang berat (sebab aku yg bayaq) aku pun bawak la pergi ke medan selera. Apa lagi, kalau datang Penang mesti pekena Pasemboq. So dia pun pergi lah pilih makanan yang terhidang. Harga dia semua RM15 (lihat gambar pasemboq),wife aku tak de la pilih udang,ketam or sotong; kalau amik makhluk nie rasanya mau pie kat 20 inggit. Bab rasa pulak...hehe aku taknak komen; tapi orang rumah aku cakap; pasemboq kat Segambut KL lagi sedap. Untuk minuman pulak dia order laichee Kang. Ini lagi best isi dia dua ketul laici, biji selasih dan cincau harga RM3. Anak aku pulak order Char Kuew Tiaw harga dia RM8. Rasa dia hampeh...
Ha.Itu lah sebab aku kata dari dulu sampai skarang tak berubah langsung. Kalau sape-sape boleh tolong. Tolong aku nasihat kat peniaga-peniaga di medan selera, kalau nak berniaga tue;jangan lah mengambil kesempatan diatas para pelancong, nanti takde keberkatan. Cakap bab keberkatan nie, aku ada kenal dengan seorang ibu tunggal nie, dia jual goreng pisang je. Tapi anak2, belajar sampai masuk U dan dia boleh pegi haji lak tue ngan duit goreng pisang je. Ish3 Maha Suci Tuhan, nie lah yang dikata kan keberkatan nie.
OK lah. cukup kat sini saja luahan hati aku yang terpendam. Aku harap korang dapat tunggu untuk entri yang seterusnya sebab aku akan bawakan khas untuk korang semua makanan yang sempat aku jamah ketika aku membawa famili menikmati makanan di Penang yang kini telah meningkalkan kenangan terindah.

Monday, June 13, 2011

Mee Kg. Pek - Kg. Pek, Machang

Lama jugak tak tulis entry nie..al maklum lah sibuk sikit. Sempena cuti sekolah baru2 nie, aku+family telah memandu sejauh 1500km utk mengisi masa cuti sekolah. Dan kali nie aku akan berkongsi ngan korang juadah, setempat yang sempat aku nikmati. Dan yang pasti menu yang sedap sahaja (bagi aku) akan dimuatkan dalam blog nie. Ok.
Bertolak dari Rumah di Kuang, Selangor; pukul 9.30pg menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Jam 3.00ptg, aku dah sampai di Kg. Pek. Kg. Pek ni berada dijajahan Machang, 10km dari bandar machang menghala ke Kuala Krai (rujuk map) atau 50 km dari Kota Bharu. Apa yang menarik sangat dengan Kg. Pek nie; kalau korang nak tahu sebab mee kuoh dia..di sebabkan nama kg. Pek nie telah menaikkan nama kedai nie..so nama Mee Kg. Pek menjadi salah satu "signature" bila ke kelantan. Menurut pak cik aku, mee kg. pek nie dah bertahun lamanya..kalau dulu memang glamour pas tue senyap sekejap, dan kini selepas sign board dia tukar baru..makin ramai yang datang.
Apa yang menarik sangat dengan mee kg. pek nie? Mee Kg Pek (mee kuoh), slalunya, kita order utk beberapa orang makan; so mee kuah nie akan dihidangkan dalam mangkuk yang boleh memuatkan jumlah hidangan yang diminta. Slalunya kalau nak makan utk 3 org order utk 2 org makan dah cukup...tapi bagi aku, korang order la utk 3 sebab takut ada yang tak cukup..hah tue la penangan Mee Kg. Pek nie.
Rasa manis udang dan sotong membuatkan rasa mee nie manis dan rasanya tak pedas. Utk penambah rasa korang boleh tambah beberapa jenis penambah rasa yang ada atas meja tue...
Buat adik kakok hok dok di KL kalu nok kelit Klate tue boleh singgah di Kg Pek nie utk menikmati Mee Kg. Pek. Dan jangan lupa kalau dah rasa tue dan yang pernah rasa, sila komen pendapat korang dalam blog aku nie.
Apa-apa pun mulakan dengan bismillah dan diakhiri dgn alhamdulillah.