Nuffnang

Monday, May 31, 2010

Yong Tau Hu- Kg. Melayu Majide


Kalau dulu Yong Tau Hu atau Yong Tau Foo nie sinonim dengan masyarakat cina di malaysia, di sebabkan oleh berlakunya pergaulan dan agensi kerajaan maka, cara pembuatan kuah dan segala isinya dapat dikongsi oleh masyarakat melayu. Oleh itu masyarakat melayu dapatlah menikmati hidangan nie. Bagi aku kesedapan Yong Tau Foo nie bergantung kepada kuah dia..sebab yang lain tue dia orang just beli yang dah siap je..tapi yang tak best nya ada peniaga-peniaga nie, beli isi-isi dia (fish cake, tauhu kering dll) dari pengeluar yang boleh diragukan dari hukum syarak tentang kandungannya..terutama skali kueh teow dia...harap-harap peniaga-peniaga yang beragama islam nie tolong ambil perhatian sikit.
Ada orang suka makan yong tau foo sup dan ada juga yang suka makan yong tau foo yang standard ( kuah manis pekat + kuah pedas)..
Kalau berkesempatan ke Kg. Melayu Majide, ada satu kedai yang menjual Yong Tau Foo Sup. Lokasi dia dekat medan selera Kg Melayu Majidi. Sup dia memang rasa SUP tak rasa air dan sambal dia membuatkan ia lagi sedap. Apa yang menarik kat kedai nie, harganya ditulis dengan maker pen kat piring pelapik mangkuk Yong Tau Foo nie. So bila dah habis makan tu, angkat lah mangkuk tu kalau nak tau harganya.
Sape-sape yang nak try boleh lah singgah kat kg Melayu Majide ni..

Wednesday, May 19, 2010

Catatan Perjalanan Singapore

Ada orang kata, nak pegi singapore nak kene ada duit banyak al maklumlah currency dia double dari duit kita...dan Jangan Lupa Bawak PEN, kamera, mineral water ,map yg sesuai aku cadangkan map public transport dan sarapan kenyang2.
Kali nie aku nak bagi guide kepada sesiapa yg nak pegi singapore dengan budget yg ada. Ok, first check out passport kat imegresen malaysia (JB), pas tue ke stesen bas kat bawah untuk ke Singapore. (Berjalan dari City Square JB-Imegresen-stesen bas; jauh jugak, sesiapa yg bawak anak ngan org tua susah sikit la, for ladies..pakai seluar panjang senang nak berjalan.Ada beberapa destinasi bas kat situ; keranji,bugis street,queen street, dll. So sebab nak pegi melancong..pilih bas ke queen street or bugis street; kita orang ke queen street tiket dia RM 2.50.
(Tiket Simpan).Naik bas..sampai ke imegresen singapore; semua org akan turun..dan ada yang berlari; follow je dia orang tue;sampai kat imegresen isi borang ( kalu tak de pen kan susah; sebab kat situ pen tak di sediakan). Habis je chop pasport..pegi ke stesen bas..follow org je; then pilih destinasi kita tadi..at this moment korang dah terasa situasi yang berbeza. Semasa beratur nak naik bus,conductor mintak tiket bas tadi. Perjalanan ke queen street agak membosan kan sebab,bus tu slow je dia bawak 60 km/j. (patut la atas highway kita diaorg lepas geram).
Sampai je kt queen street; bukak map then berjalan ke destinasi; Orchard Road, Masjid Sultan, Kampung Glam, Melay Heritage, Masjid Hajjah Fatimah. Aku cadangkan supaya lunch kat sini ngan Sembahyang, kalu tak nanti susah.
Habis je pusing2..kita orang naik SMRT kat stesen Lavender untuk ke Merlion Park ; aku suggest turun dekat Raffles place dekat sikit; harga tiket dia SGD 1 ( tapi kene bayar SGD 2 utk tiket; nanti boleh refund balik SGD1 tue kat tiket machine). Bukak map, terus ke Merlion Park dan esplanade; walking distance je; dah habis bergambar kat tempat wajib dilawati..
Next destination Sentosa Island; Pegi balik ke Raffles Place station amik tiket ke harbour front (harga tiket dia SGD 1.40; sebab tak tau nak top up- refund balik tiket tadi dan bayar balik SGD 2.40). Sampai kat Harbour front nie perut dah lapar...jenuh mencari tempat makan was-was la katakan; mcdonalds & KFC sini halal jangan takut; tapi datang tempat org makan benda yang sama jugak kan tak best. Jalan punya jalan kat (Harbour front-Vivo City ) terjumpa la satu kedai; alhamdulillah baru jumpa..Kita orang makan nasi padang ngan air tin- total semua nasik SGD 4.50 + Air Tin SGD 1.50.
Nama kedai nie Nur Muslim Food Varieties..Nasi Padang nie cara dia serve; Nasi + Ayam Sambal + Sambal Goreng ( org johor tau benda nie) + sambal + sambal nyok ( sambal kelapa). Rasa dia agak masam-masam skit.
Tapi sedap gak.
Lepas habis makan kita org ke Monorel station ke Sentosa Island; tiket dia SGD 3 dolar. Dalam Sentosa Island nie ada macam-macam tempat nak pegi; tapi kalu nak join aktiviti siap la duit tue.. Nak tau tempat tue korang boleh surf internet atau datang sendiri sebab nanti boleh map dia. Destinasi kami ke sentosa Island nie nak pegi ke Universal Studio. Tempat kat sini menarik..tapi banyak construction..kalu nak pegi setahun lagi baru elok. Kalu sape2 nak melangkah ke pintu Neraka ( Casino) pun boleh..tak kene tangkap macam kat genting.
Kebanyakan aktiviti kat Sentosa Island nie tutup pukul 7..so kita orang nak kene balik. Dari Sentosa Island ke Vivo City tak yah bayar tiket..sebab tiket dia pergi balik.
Dari Stesen Harbour front kita orang amik tiket ke Woodlands tiket dia SGD 2.20 (jangan lupa refund balik tiket yg datang tadi). Perjalanan ke Woodlands amik masa dalam 40 minit. Kebanyakan under ground je.
Dari woodlands amik bus ke JB dengan tiket beharga SGD 2.50 ke kota raya... So proses yg sama jugak, kecuali tak yah isi borang..dan bila sampai kat imegresen tue boleh la pilih samada nak naik bas tue balik ke tak atau berjalan kaki ke city square je...
Ok tue saja cacatan perjalanan untuk sape-sape nak try pergi melancong cara back packers...singapore adalah permulaan.Lebih kurang SGD 18 je belanja @ RM 40.....Ada branie boleh cuba.

Wednesday, May 12, 2010

Kacang Pool Haji...


Tiap kali member 2 turun JB nie, slalu tanya ape makanan yg special kat sini. So nak melayan sahabat, aku bawak la dia org pekena Kacang Pool nie. Rasa nya,dah banyak kali aku makan kacang pool nie. Apa yg special tentang juadah nie; boleh dikategorikan sepupu bubur kacang la, cuma dia tak campur ngan santan.
Cara dia serve ; kacang pool nie dia ada telur goyang bak kata member aku "PD", cabai , limau dan roti bakar satu inci tebal. Rasanya memang sedap berbaloi ngan harga. Kalu sapa-sapa nak try lokasi kat JB nie ada dua tempat satu dekat medan selera larkin sebelah balai bomba dan satu lagi kat sebelah stesen bas larkin. Slalunya aku pegi kat sebelah stesen larkin je. Sape sape yang duduk kat KL..tak perlulah turun JB, sebab dia ada bukak cawangan kat Ritze Perdana, kat Damansara Perdana, harga kat KL nie rasa aku mahal skit la, tapi kalu korang nak save duit boleh turun JB makan..gambar yg aku upload nie kedai dia kat sebelah stesen bas larkin.

Monday, May 10, 2010

Burger... CAKANOZ


Aku teringat dulu..masa lepas SRP, tolong member jual burger; upah dia RM 10 dari pukul 6 ptg sampai pukul 12 tgh malam dan masa hari sukan sekolah (Sold Out).
Ada jugak member-member yang jual burger masa kat hostel sekolah vokasional taiping; dia org jual burger RM 1.50 sebiji. Masa kat hostel dulu, sape2 nak jual burger nie kene amik lesen. Aku tak de lesen jual burger tapi aku lesen jual Roti Canai.
Menggoreng daging burger nie sebenarnya ada teknik tertentu; kalau tak caya try korang beli burger kat pasar malam dengan burger kat teping jalan..rasanya pasti berbeza.
Kali nie aku nak kongsi burger yg dinamakan CAKANOZ; yang menarik tentang burger nie ialah idea pemilik penjual burger nie; cara burger nie dibuat daging burger nie dihancurkan pas tu gaul dalam telur (campur ngan rempah) dan dimasukkan dalam bekas benjo and then macam biasa dressing.
Sape-sape teringin nak pekena burger nie lokasi dia dekat Kg. Dato Onn kat Larkin, Belakang hospital puteri. Tak pun korang google Map je nama hospital tue.
First time kita orang cari tempat nie 3 kali pusing baru jumpa... Rasa nya memang best dan berbaloi dengan harga nya...

Tuesday, May 04, 2010

Ayam Panggang-Pantai Dalam




Ada orang kate fenomena Ayam Panggang (Ayam Golek) nie mula diperkenalkan oleh Ore Klate hok dok boring nok nego Tomyam sebab dah ramai dah nego tomnye di KL nie..(betul ke tak..aku pun tak pasti), tapi yang pasti salah satu juadah untuk kenduri kahwin di kelantan memang tak sah kalu tak de ayam Golek nie..
Kali nie aku nak syer satu tempat yg menjual ayam golek yang sedap dekat KL nie; satu kat ampang satu lagi dekat Pantai Dalam. Yang kat ampang tue..nanti bila ada masa aku syer ngan korang semua.
Ayam Panggang kat Pantai dalam nie dah selalu dah masuk majalah ngan surat khabar, lokasi dia dekat pantai dalam..kalu dari UM tue ada terus je sampai satu simpang 3, pas tue amik kiri...kedai dia kat hujung deretan kedai.Ada la lebih kurang 100 m dari simpang yang masuk tadi..
Nama Ayam Panggang nie kalu tak silap aku nama dia "Ayam Panggang 5 Bintang". Harga di memang berpatutan dengan rasa dia..Rasanya kalu Sorang Makan pun boleh habis sekor. Satu lagi kene makan panas-panas cicah dengan sos istimewa dia; pergh sedak nyakuk.

Ok that's all for now...nanti kalu ada mase kite gie tempat lain pulok.