Nuffnang

Saturday, November 26, 2011

Mee Udang Banjir-Tanjung Karang

Dalam perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuang, teringat satu kedai makan yang menjual
Mee Udang. Aku tak pernah rasa lagi mee udang nie, tapi kalau yang ada kat kuala selangor
tue dah pernah rasa, hmm rasanya biasa je. Tapi yang kat tanjung karang nie, menarik jugak
untuk di cuba almaklumlah katanya dah masuk tv. Ok lah, kalau korang nak tahu lokasi kedai
nie, kalau dari Pekan Tanjung Karang nak ke sekincan, di pertengahan jalan nanti akan jumpa satu sekolah dan masjid sebelah kiri, kedai tu betul-betul sebelum masjid. Bagus gak lokasi
kedai nie, ada benda tersirat yang tak ramai orang perasan..kalau dah makan tue jangan la balik terus, singgah la masjid tunaikan kewajipan pas tue hulur la sedikit dalam tabung buat amal jariah...
insyaallah berkat rezeki tuhan bagi..hehehe
Ape yang menarik sangat ngan Mee Udang Banjir nie..
Bagi aku, apa yang menarik tentang mee udang nie jika boleh disimpulkan umpama Mee Udang penang dikahwinkan dengan Mee Bandung, maka jadi lah Mee udang banjir kat Tanjung Karang nie. Kalau yang selebihnya, korang datang la cuba,test,try tengok. Tapi sebelum tue kalau korang kenela rasa kedua-dua mee dalam entry aku yang lepas, baru korang boleh paham apa yang aku cakapkan nie.
Ok itu saja buat kali nie, nak pegi surau sempena tahun baru hijrah 1433..ish lama gak tak gi surau nie..lagho-lagho.