Nuffnang

Sunday, May 08, 2011

Cucur Udang Utara-Tmn Sri Pulai (Pintu Blakang UTM)


Cucur Udang..antara satu juadah yg slalu disediakan oleh ibu-ibu, samada untuk sarapan ataupun waktu petang. Kalau kita singgah je mana-mana gerai menjual kuih, pasti akan terdapat kuih Cucur nie. Kalau sesiapa yang pernah menjelajah seluruh malaysia pasti akan mengetahuinya perbezaan antara cucur di selatan, di Utara dan Pantai Timur. Kalau ke Kelantan; cucur dipanggil "Tepung Malah". Di kelantan, rupa bentuk cucur agak berbeza sedikit berbanding dengan negeri lain. Walaupun terdapat juga Cucur Udang yang "standard", tapi masyarakat kelantan lebih menggemari Tepung Malah nie..Insyaallah aku akan bawakan cerita tepung malah nie utk korang semua.
Cucur udang yang standard boleh diceritakan disini (Cucur yang ada udang dan dimakan bersama sos pedas). Kali nie aku nak menyentuh sedikit Cucur's style utara. Cucur utara nie ada sedikit perbezaan dengan negeri2 lain, ini adalah kerana 60% kadungannya adalah Taugeh,20% udang dan yang selebihnya adalah tepung yang telah dibancuh. Selalunya Cucur utara nie lebih rangup ketika dimakan. Cara penyajian cucur udang utara nie ialah yg pastinya Cucur Udang + Timun +Tauhu Goreng+Kuah Kacang ada setengah tempat diletakkan juga fish cake yang digoreng..hmm sedap.
Kuah Kacang dan Taugeh didalamnya yang banyak membuat kan cucur utara nie istimewa.
Bagi sesiapa yang berasal dari utara..pantai timur..untuk mendapatkan makanan tradisional (yang betul2 sedap) ditempat orang amatlah sukar..
Samalah seperti aku..nie, kalau nak makan laksa yang betul-betul rasa laksa (kedah ke penang ke)memang susah, walaupun ada banyak yang menjualnya tapi rasanya memang tak sama..setuju tak..
Bagi mereka yang pernah belajar di UTM skudai, aku rasa korang mesti pernah ke kedai Cucur nie dekat Taman Sri Pulai (Pintu blakang UTM Skudai). Kedai nie terletah di medan selera Taman Sri Pulai, boleh katakan setiap petang akan penuh tempat duduk untuk menikmati juadah Cucur Udang atau pun Laksa..Bagi aku, disinilah tempat untuk menikmati rasa asli Laksa Kedah dan Cucur Udang Utara nie.
Oklah..Kalau ada yang berkesempatan boleh lah singgah ke kedai MakYah (Akak nie Org kedah)nie atau sesiapa yang ada adik yang baru belajar di UTM Skudai, cerita-ceritakan lah..
Untuk sesiapa telah yang membaca teruskan membaca...terima kasih kerana membaca (takkan baca saja kut; jadi la follower).
Apa apapun sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah..Sehingga Bertemu lagi.