Nuffnang

Friday, December 16, 2011

Chapati ngan Kima-Tmn Sri Pulai, Skudai

Bila ofis mate, mintak tolong attend meeting kat Felda Taib Andak, aku pun tak cakap banyak..ON je, kalau budak2 yg baru kerja nie, kalau pegi meeting mau tak tido dibuatnya..tapi bagi aku benda nie dah laih dah. Ini crita bukan pasal kerja, sebab kerja yang aku buat nie sama saja cuma lokasi je yang berbeza. Tapi kesudian aku nak pegi ke kulai nie bukan pasal ape..aku teringat ada sahabat yang masih skolah kat UTM skudai so dapat la ziarah dia (al maklumlah kita nie kene jugak bagi semangat kat kawan2 yg tgh belajar), dan satu lagi yang betul-betul aku teringin nak makan chapati ngan daging kima. Seingat aku ada tiga tempat yang aku rasa chapati ngan dagingkima yang terangkat. Korang mesti kata, alah chapati..kat kedai mamak belambak.
Hahaha, betul memang kat kedai mamak belambak, tapi tak banyak kedai mamak yang buat Chapati dengan daging kima. Kalau korang tak caya cuba mintak chapati ngan daging kima mesti dia orang kata takdak..dal dgn kari saja ada. Ini menunjukkan kedai mamak tue bukan pior punye...hehe
Berbalik pada 3 tempat yang aku makan chapati yang terkesan sampai skarang, satu dekat masjid india sebelah maidin, dulu time reformasi aku ngan sahabat turun dari penang ke KL. Tidor semalam kat hotel dekat masjid india. Pagi tue kita orang sarapan dekat warung sebelah maidin.Dekat warung tue ada satu kedai jual chapati je..so kita orang try la chapati ngan daging kima kat KL nie, dalam hati nak kata mesti tak sedap punya. Tapi sangkaan kita orang memang meleset. Dipendekkan crita sorang bantai tiga keping sorang bantai dua keping..sampai sekarang aku masihmencari mana la warung tue pegi...
Yang kedua, aku rasa chapati ngan kima best, tak lain tak bukan mesti la kat Penang. Kalau di Penang tue sapa-sapa ada kelapangan korang pergilah kat Masjid Lebuh Aceh dekat pintu masuk dia waktu petang ada mamak jual chapati kat disitu..korang kena try nie jangan dok asyik ingat nasi kandaq ja..yang best kat penang ada banyak lagi tau. Insyaallah, jika ada kelapangan aku akan muatkan chapati kat lebuh aceh nie.(ada lagi ke mamak nie,dah lama tak balik penang nie).
Yang ketiga, mak sahabat aku yang duduk kat permatang damar laut punya chapati ngan daging
kima..ini kalau mak dia buat mesti tapau bawak balik skit. Orang kata kalau dah dari kecik dok pekena kari mamak, sampai ke tua pun tak leh nak lari. Masa aku skolah kat UTM skudai, nak jumpa chapati memang senang kat kedai mamak je tapi chapati ngan kima memang payah. Kalau tak silap pakcik la, satu kedai nie je yang jual chapati ngan kima, nama restoran nie Restoran Aminah. Kedai nie la yang jadi tumpuan aku setiap pagi kalau tak pekena roti canai, chapati, kalau tak chapati roti canai.Waktu malam pulak..kalau ngeteh mesti kat sini. Itu je la kerja aku tiap2 hari. Kalau korang nak tau bukan aku je, ramai lagi. yang tak tahan staff2 UTM, kadang-kadang berejam ada kat situ.Depa nie tak keje ka. Hehe bukan ape nak lepas geram ngan staff2 UTM nie.. menghabiskan boreh je.
OK..dah cukuplah aku mengomel nie.. Lokasi Restoran Aminah nie dekat Taman Sri Pulai,kalau korang nak masuk UTM ikut pintu blakang, korang nanti jumpa stesen minyak ESSO sebelah kanan, Restoran aminah tu kat sebelah Kiri, sebelah playground. Roti Canai dia best jugak garing dan lembut..cuma bagi aku nasi lemak dia je..kureng skit..sama macam nasi lemak kat kedai2 mamak yang lain.

Saturday, November 26, 2011

Mee Udang Banjir-Tanjung Karang

Dalam perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuang, teringat satu kedai makan yang menjual
Mee Udang. Aku tak pernah rasa lagi mee udang nie, tapi kalau yang ada kat kuala selangor
tue dah pernah rasa, hmm rasanya biasa je. Tapi yang kat tanjung karang nie, menarik jugak
untuk di cuba almaklumlah katanya dah masuk tv. Ok lah, kalau korang nak tahu lokasi kedai
nie, kalau dari Pekan Tanjung Karang nak ke sekincan, di pertengahan jalan nanti akan jumpa satu sekolah dan masjid sebelah kiri, kedai tu betul-betul sebelum masjid. Bagus gak lokasi
kedai nie, ada benda tersirat yang tak ramai orang perasan..kalau dah makan tue jangan la balik terus, singgah la masjid tunaikan kewajipan pas tue hulur la sedikit dalam tabung buat amal jariah...
insyaallah berkat rezeki tuhan bagi..hehehe
Ape yang menarik sangat ngan Mee Udang Banjir nie..
Bagi aku, apa yang menarik tentang mee udang nie jika boleh disimpulkan umpama Mee Udang penang dikahwinkan dengan Mee Bandung, maka jadi lah Mee udang banjir kat Tanjung Karang nie. Kalau yang selebihnya, korang datang la cuba,test,try tengok. Tapi sebelum tue kalau korang kenela rasa kedua-dua mee dalam entry aku yang lepas, baru korang boleh paham apa yang aku cakapkan nie.
Ok itu saja buat kali nie, nak pegi surau sempena tahun baru hijrah 1433..ish lama gak tak gi surau nie..lagho-lagho.

Saturday, October 29, 2011

Korean BBQ- Pandan Indah

Kali nie aku nak syer ngan korang pasal BBQ-Steamboat. Mungkin korang dah pergi ke beberapa restoran BBQ-Steamboat.
Kebanyakannya restoran BBQ-Steamboat nie menggunakan kaedah buffet.So sape-sape yang tembolok dia besar dapat la isi banyak-banyak. Satu lagi kalau buffet nie, kebanyakannya makanan jenis seafood jadi tumpuan, al maklumla bayarRM 20 boleh makan udang, sotong dan ketam..sebanyak mungkin. Aku dah pergi beberapa restoran yang menjual BBQ-Steamboat nie ada sesetengah restoran tue, barangan mentah tidak @ lambat ditambah kalau habis..saje je dia buat tak nampak, nie kes nak untung lebih la nie..at last dah kurang pelanggan sudahnya tutup..hehe
Kebanyakan restoran nie menggunakan dapur yang ditempah khas..sebab dengan ini ia dapat menarik pelanggan, ada yang diperbuat tembaga dan ada yang menggunakan dapur kecil untuk memasak sup. Kebanyakannya menggunakan dapur gas, jadi bagi aku, tak de istimewa sangat.Sehingga aku diberi tahu satu restoran yang menyediakan Korean BBQ Style kat pandan indah. Apa lagi, aku pergi la try, maklumlah kalau nak makan Korean BBQ nie yang ada kat ampang tue boleh buat kembang tekak.
Menurut tuan empunya kedai nie, ini kira cawangan la, sebab ada satu lagi kedai dia dekat Ulu Klang. Cuma yang beza kat sana Korean BBQ tak de, yang adanya kat sini je.
So aku cakap nak try satu set harga dia lebih kurang RM40. Lebih kurang setengah jam dia keluarkan dapur. Dapur dia memang menarik dan berbeza dengan apa yang ada dekat mana2 restoran BBQ-Steamboat.Macam kat thailand lak, sebab dapur2 nie memang banyak kat thailand yang menghidangkan BBQ nie. Dapur yang menggunakan arang sepenuhnya membuatkan rasa BBQ tue berbeza, kalau korang tak caya, cuba pegi try. Satu lagi yang menarik lemak ayam digunakan untuk mengeluarkan minyak. Dan sup di panaskan disekeliling dapur. Bagi aku set yang aku amik nie memang berbaloi, sebab apa yg dihidangkan adalah udang,sotong,ayam, daging dan sayur-sayuran beserta bihun atau maggie. Kalau kita order side menu lagi bagi aku set nie memang cukup untuk 4 orang. Hmm crite banyak tak guna..kalau korang berkesempatan korang boleh try Korean BBQ nie dekat Gemilang Tomyam, lokasi dia dekat blakang bangunan maxisegar. Ada beberapa juadah yang special kat sini antaranya Daging bakar dan bagi pengemar masakan yang pedas boleh try Kensom Siakap..pergh ini memang terangkat.
Kat sini aku ada bagi korang kupon diskaun so korang boleh print warna dan bawak ke restoran ke gemilang tomyam dan boleh dapat diskaun RM5 bagi RM 30 keatas.

Saturday, October 08, 2011

Mee Udang Ayu-Teluk Kumbar

Waktu zaman lepas sekolah,al-maklumlah masing-masing dah kerja..kalau dapat bawak keluar TZM tue kira hebatla.hahah..Ni bukan crite pasal moto..tapi cerita pasal Mee Udang.Aku just nak kongsi ngan korang crite pasal mee udang.Rakan sparring aku makan mee udang nie..nama dia Azly Kassim. Selalunya bila tiba hujung bulan (time dapat gaji)
tak dia cari aku-aku cari dia, kita orang akan pegi ke teluk kumbaq.kalau korang nak tau kat teluq kumbaq nie bagi aku ada 4 kedai jual mee udang yang sedap; satu kat sg batu, satu kat jalan on the way ke gertak sanggui, dua lagi lagi kat lengkok kg masjid.Itu crite 10 tahun dulu.Since, aku revisit my own backyard, aku pilih Mee Udang kat Lengkok Kg Masjid sebagai destinasi istimewa buat family aku. Bagi aku kedai dia memang bersih dan tip top..bak kata orang, kalau anak kita berguling atas lantai nak makan udang lagi,tak risau la baju dia tak kotor..Haha tue intro je...
Kepada mereka yang ke Penang aku cadangkan korang cuba Mee Udang nie dan satu lagi yang Mee udang kat stadium(Hokkien Mee), bukannya ape..aku takut bila korang sembang dengan mereka yg bukan melayu, diaorang akan refer Penang Prawn Mee (hokkien mee) tapi korang maksudkan mee udang yang lain. Sebab tue la aku masukkan kedua-duanya sekali supaya korang boleh cuba dan bandingkan. Yang pasti hanya yang terbaik je aku masukkan dalam blog nie.
Nama kedai nie Ayu Mee Udang, Lokasi dia dekat lengkok kg Masjid Satu, Teluk kumbar, kalau korang dari bayan lepas nak ke balik pulau, sampai ke pekan teluk kumbar,masuk kiri ke gertak sanggul pastu nampak balai polis masuk kanan..hmm terus nanti jumpa kedai dia tue. Bagi sape-sape yang nak bawak family ramai, aku nak bagi tau skit yang harga dia RM12 semangkuk so, beringat la skit..nanti tak pasai2 kene tong-tong ngan yg lain. Kat sini bukan mee udang saja yang disajikan, bagi yang ingin kan kelainan nasi goreng udang pun ada. Hmm macam mana rasa dia lak...rasa dia memang terbaik..sampai wife aku nak repeat balik nanti bila ada kelapangan...aku kata tak susah nanti aku kawin ngan org kat2 situ; nanti kalau nak pegi makan takyah susah nak sewa hotel ape semua..(hehe gurau je..)
Rasa aku cara dia masak ,simple je..tomato puri ngan air rebusan udang; dengan saiz udang yang besar lebih dari 6 ekor berbanding dengan Hokkien Mee yang kompleks skit ,di tambah pulak dengan cili potong+bawang dan telur rebus sebagai bahan tambahan telah membuatkan kombinasi dia memanggil-manggil utk kembali menikmatinya.
Akhir Kata..Mulakan dengan bismillah dan akhiri dgn Alhamdulillah..

Friday, September 16, 2011

Char Koaw Tiau & Hokkien Mee- Stadium Bandaraya

Dah dekat sebulan lebih aku bercuti, al maklumlah bulan posa dan pas tue raya, so kerja2 cari makan nie terhenti la sekejap. Ok, crite banyak pun tak guna.Kata orang mai penang nie kalau tak pekena nasi kandaq tak sah (tapi aku dah bagi pilihan NASI DALCA) dan makanan masyarakat cina (hokkien). Crite bab hokkien nie satu ketika dulu aku paham la apa yg dia org cakap cuma nak balas balik je tak reti..he3 kalau aku tak reti tak pe la jugak, tapi member yg berdialek manderin dll bila dtg kerje kat penang nie terkial2 jugak la dia habaq. Itu crite dulu...First skali aku nak kongsi Char Koaw Tiaw, kalau sape2 pernah makan Char Koaw Tiaw yang ada dalam entri aku mesti akan tahu perbezaan antara Char Koaw Tiaw Melayu dan Char Koaw Tiaw Cina. Perbezaan yang paling ketara ialah yang melayu nie basah yang cina nie kering. Aku teringat lagi Apek lembut yang jadi tukang masak "masakan cina" sewaktu aku kerja kat restoran dulu ajar aku cara nak masak Char Koaw Tiaw nie.
Fist skali dia cakap kuali mesti panas dan api mesti kuat, kalu talak kuat itu bukan cina punya masak. Lepas tue masuk kan minyak+garlic. pas tue masukkan udang dan goreng sehingga setengah masak pas tue masuk koaw tiaw, kicap soya cair, tauge. kasi kacau sama dia pas tue pecah telor, kasi telur garing skit , kacau pas tue masuk daun kucai ngan kerang. kacau, kacau dah sudah. Menurut aku punya sifoo dulu Char koaw tiaw nie mesti tak terlalu basah dan tak terlalu kering dan mesti dimakan selalu kata orang kelantan.
Satu lagi masakan yang aku blajar dari Sifoo nie ialah Hokkien Mee atau lebih dikenali sebagai Penang Prawn mee. Nak tambah skit apa yang menarik kat Penang nie Selain dari pada Char Koaw Tiaw Cina/Melayu, Mee Udang pun ada Cina/Malayu dan yang Paling femous Laksa Penang Melayu dan Laksa Penang Cina atau lebih dikenali sebagai asam laksa yang sampai masuk dalam kategori 10 makanan yg terbaik di dunia la.
Okay berbalik pada ilmu yang aku menuntut kat sifoo Apek Lembut dulu dia kata ini mee kalu cina makan itu daging slalu ada taruk tapi ini melayu makan mesti tak bole taruk. Dalam menu nie ada dua benda yang penting kuah dan sambal dia. Cara nak buat kuah ngan sambal dia nie rumit so tak yah la crite kat sini. Kalau korang nak rasa Hokkien Mee yang halal korang pergi je kat Medan Selera ( Org Penang pangil Astaka) dekat Stadium bandaraya sambil-sambil ushar barang2 kat ropewalk. Cara dia serve Hokkien Mee nie sama la macam Sifoo aku ajr dia mesti ada telur rebus,taugeh,mee+bihun, bayam + sambal dia+ udang.
Mak ai, aku kecur dah air liur aku nie..terasa dah pie makan Hokkien Mee nie..tapi jauh la pulak kat Penang. Jadi kalau korang berkesempatan ke stadium bandaraya singgah kat Astaka cari food court yang bernama Sinar Bintang..hah itu la tempat dia, rasa dia memang macam sifoo aku ajar.

Monday, August 01, 2011

Roti Canai/Roti Bakar- Transfer Road

Bagi pelancong yang menginap di George Town, pasti merasakan sedikit kesukaran untuk sarapan pagi ala melayu..yang pasti kedai mamak jugak akan jadi pilihan. Ok, kali nie aku nak kongsi dengan korang semua, satu tempat yang satu menarik utk bersarapan. Lokasinya di jalan transfer (Transfer road; kat org penang). Jika korang berada di Penang road, maka transfer road nie berada di sebelah kanan anda atau dibelakang balai polis. Hmm, apa yang nak makan kat sini. Ish kalau ikut kan aku semua nak makan, roti canai, roti bakar...teh tarik ngan kopi kat sini memang best. Apa yang menarik kat sini, korang akan tengok la ada pelanggan yang bersarapan roti canai dgn ayam or daging or kambing .terfikir gak aku dia orang ni sarapan roti canai ke makan ayam or daging or kambing. Haha. yang penting korang buat pilihan baik-baik utk kesihatan masing2.
Dan satu lagi korang kene try roti bakar.roti nie dia beli kat kedai depan kedai dia pas tue dia panggang ngan arang..memang terangkat tambahan pulan dengan telur goyang dua biji atas taruh.
Crita tak mau banyak, kalau sampai di penang, sarapan pagi jangan lupa kat sini..dan satu lagi gerai nie berhadapan dengan satu kedai roti, bagi pelancong aku cadangkan singgah ke kedai nie Mallia Bakery. Dia punya signature roti bangali..dgn roti sekaya. Hari tue aku bawak balik KL satu bundle...roti bangali makan ngan kari..pergh..dan roti sekaya nie memang buat aku bernostalgia la sekejap..mengingatkan waktu waktu dahulu.

Monday, July 18, 2011

Jeruk Madu Pak Ali -Medan Suri Sg. Nibong

Kalau waktu zaman sekolah dulu bila nak balik sekolah je, sibuk budak-budak nie kirim jeruk. Tapi waktu tue jeruk buah pala je yang buah ngan kering je. Tapi sekarang nie dah berbeza, jika ada sesiapa yang berkesempatan ke penang mesti rakan-rakan mintak kirim jeruk. Tapi kali nie berbeza skit. Jeruk nie jeruk buah-buahan; buah pala, kelubi, cermai, pala, rokam, mangga, betik dll. Kadang-kadang yang mengodernya sampai bepuluh ringgit.
Aku ada tanya gak..sedap ke jeruk nie, dia orang kata sedap tak sama dengan jeruk yang jual kat pasaraya tue. Hmm bagi aku tue semua sama ja.. Apa yang aku baca dulu dalam majalah; nak buat jeruk nie dia kandungan dia air dan ubat dia ( bahasa kampung) pas tue dia peram je. Ubat dia kalau ikut bahasa buku dipanggil Sodium bonzaid. Nisbah ubat nie perlulah sedikit untuk memastikan tiada kesan sampingan kepada pemakan. Aku rasa nisbah yang digunakannya betul dan selamat tue yang menyebabkan Jeruk nie glamour sangat. Sampai sekarang dah ada kat KL dah. Yang menghairankan aku..kalau dah ada kat KL beli jelah kat KL. Yang nak susah-susah beli kat penang buat ape...Jawapan dia senang je; jeruk tue memang datang dari penang sebab memang beli kat penang lagi satu..penghantaran dia sampai kat tangan yang org order tue..hahah. Sabor je lah.
Ok dipendek kan cerita..kalau korang dah sampai ke medan suri, sungai nibong dan dah pekena mee pitchay, korang pegi ke belakang korang akan nampak satu kedai yang menjual jeruk-jeruk nie. Nama kedai dia Jeruk Madu Pak Ali.

Wednesday, July 13, 2011

Mee Pitchay-Medan Suri, Sg. Nibong

Setiap kali kalau berkunjung ke Restoran Mamak, aku pasti teringin nak makan Mee Goreng dia, aka Mee Goreng Mamak. Tapi memandangkan aku dah tahu rasa dia, biarlah aku simpan je keinginan aku sampai tiba waktu dia. Bila berkesempatan ke Penang, aku pastikan utk pekena mee goreng mamak nie. Ada beberapa tempat yang menjual mee goreng mamak nie, tapi bila aku pergi dah takde atau berpindah (kalau sape2 tau tolong habaq mai; aku nak cargas pie. bila berkesempatan nanti).Kali nie aku nak kongsi ngan korang mee mamak kat Medan Suri Sg. Nibong (kat sebelah masjid sungai nibong). Yang pasti dah lebih sepuluh tahun wujud. Nama kedai dia Mee Pitchay.Aku order Mee Goreng dan Passemboq. Dah lama tak pekena mee goreng mamak penang yang khusus nie. Kalau nak tau rasa mee goreng dia, kene la pie try test tengok. Senang crite kalau aku dari KL turun mai penang utk makan, hang pa mesti tau la pasai ape kan, kalau tak rasa dia mesti ada sentimental value.

Monday, July 04, 2011

Nasi Dalca- Lebuh Queen

Bagi mereka yang berkunjung ke Penang memang tak sah kalau tak pekena nasi Kandaq.Kalau korang nak tau, Nasi Kandaq juga lah yang dicari, masa hari raya. Kalau tak caya, pi tanya orang bujang yang merantau keja kilang kat penang nie (Yg tak leh cuti raya).Tapi kali nie aku tak nak bawak cerita pasai Nasi Kandaq nie; lain kali la.
Mungkin korang tak tau, selain nasi kandaq ada satu lagi nasi yang adik beradik sepupu sepapat ngan nasi kandaq. Nama dia Nasi Dalca. Bagi yang dah jemu makan nasi kandaq, aku cadangkan korang pekena pulak Nasi Dalca. Bagi aku nasi dalca nie; sesuai untuk mereka yang nak jaga kesihatan sebab, ye lah DALCA, tak banyak minyak orang kata. Ok kat mana nak pekena nasi dalca nie? Lokasi dia kat, lebuh Queen, dekat simpang masuk lebuh queen. Nanti Korang nampak ada satu gerai (kereta tolak)sebelah kanan. Nama dia NASI DALCA RAHIM.
Ok kalau korang nak tau sedap ke tak sedap, apa lagi pie la try. Satu lagi bagi mereka yang tak suka dalca, korang boleh mintak ayam masak merah dia (terangkat jugak nie). So kalau dah jemu ngan nasi kandaq boleh lah try NASI DALCA RAHIM nie, sebab gerai nie dah bukak sejak tahun 1948 katanya. Satu lagi mamu nak bagi tau, kedai nie malam ja bukak. Dan kalau datang melancong ke penang, duduk kat belah tanjung nie; kalau nak makan waktu malam NASI KANDAQ la jawab dia.
Apa apa pun sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah.

Friday, June 24, 2011

Padang Kota


Tiap kali pelancong datang ke Penang mesti datang kat sini, Padang kota. Dahulu Kawasan
(20 tahun dulu) nie dipenuhi dengan penjaja, selepas tue, ia dinaik taraf dan selepas berlakunya tsunami ianya dibaiki sekali lagi utk dijadikan medan selera. Suatu waktu dahulu, kalau ada kawan2 atau sedara mara yang datang melawat pulau pinang; aku nasihatkan kat dia orang jangan makan kat sini.Mungkin ada pembaca, yang merasakan aku nie cuba menutup periuk nasi mereka. Tidak sama skali, sebab setiap rezeki tu dah ditentukan oleh Allah.Tapi ini adalah satu teguran untuk membina kerana Pulau Pinang dikenali sebagai pelbagai makanan yang enak2. Kenapa aku berkata sedemikian; ini adalah kerana 20 tahun dulu dan sehingga aku datang kembali situasi dia adalah sama tak berubah.
Oklah nie cerita aku, nie kali kedua aku kembali ke Penang nak bawa isteri yang tercinta, menikmati juadah yang satu ketika dahulu menjadi santapan anak muda ini yang satu ketika dahulu bersama rakan-rakan sekampung (baca Se-Flat).Aku ada bagitau wife aku seperti yang di perenggan pertama tue.Tapi dia cakap tak pelah, dia nak cuba. Dengan hati yang berat (sebab aku yg bayaq) aku pun bawak la pergi ke medan selera. Apa lagi, kalau datang Penang mesti pekena Pasemboq. So dia pun pergi lah pilih makanan yang terhidang. Harga dia semua RM15 (lihat gambar pasemboq),wife aku tak de la pilih udang,ketam or sotong; kalau amik makhluk nie rasanya mau pie kat 20 inggit. Bab rasa pulak...hehe aku taknak komen; tapi orang rumah aku cakap; pasemboq kat Segambut KL lagi sedap. Untuk minuman pulak dia order laichee Kang. Ini lagi best isi dia dua ketul laici, biji selasih dan cincau harga RM3. Anak aku pulak order Char Kuew Tiaw harga dia RM8. Rasa dia hampeh...
Ha.Itu lah sebab aku kata dari dulu sampai skarang tak berubah langsung. Kalau sape-sape boleh tolong. Tolong aku nasihat kat peniaga-peniaga di medan selera, kalau nak berniaga tue;jangan lah mengambil kesempatan diatas para pelancong, nanti takde keberkatan. Cakap bab keberkatan nie, aku ada kenal dengan seorang ibu tunggal nie, dia jual goreng pisang je. Tapi anak2, belajar sampai masuk U dan dia boleh pegi haji lak tue ngan duit goreng pisang je. Ish3 Maha Suci Tuhan, nie lah yang dikata kan keberkatan nie.
OK lah. cukup kat sini saja luahan hati aku yang terpendam. Aku harap korang dapat tunggu untuk entri yang seterusnya sebab aku akan bawakan khas untuk korang semua makanan yang sempat aku jamah ketika aku membawa famili menikmati makanan di Penang yang kini telah meningkalkan kenangan terindah.

Monday, June 13, 2011

Mee Kg. Pek - Kg. Pek, Machang

Lama jugak tak tulis entry nie..al maklum lah sibuk sikit. Sempena cuti sekolah baru2 nie, aku+family telah memandu sejauh 1500km utk mengisi masa cuti sekolah. Dan kali nie aku akan berkongsi ngan korang juadah, setempat yang sempat aku nikmati. Dan yang pasti menu yang sedap sahaja (bagi aku) akan dimuatkan dalam blog nie. Ok.
Bertolak dari Rumah di Kuang, Selangor; pukul 9.30pg menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Jam 3.00ptg, aku dah sampai di Kg. Pek. Kg. Pek ni berada dijajahan Machang, 10km dari bandar machang menghala ke Kuala Krai (rujuk map) atau 50 km dari Kota Bharu. Apa yang menarik sangat dengan Kg. Pek nie; kalau korang nak tahu sebab mee kuoh dia..di sebabkan nama kg. Pek nie telah menaikkan nama kedai nie..so nama Mee Kg. Pek menjadi salah satu "signature" bila ke kelantan. Menurut pak cik aku, mee kg. pek nie dah bertahun lamanya..kalau dulu memang glamour pas tue senyap sekejap, dan kini selepas sign board dia tukar baru..makin ramai yang datang.
Apa yang menarik sangat dengan mee kg. pek nie? Mee Kg Pek (mee kuoh), slalunya, kita order utk beberapa orang makan; so mee kuah nie akan dihidangkan dalam mangkuk yang boleh memuatkan jumlah hidangan yang diminta. Slalunya kalau nak makan utk 3 org order utk 2 org makan dah cukup...tapi bagi aku, korang order la utk 3 sebab takut ada yang tak cukup..hah tue la penangan Mee Kg. Pek nie.
Rasa manis udang dan sotong membuatkan rasa mee nie manis dan rasanya tak pedas. Utk penambah rasa korang boleh tambah beberapa jenis penambah rasa yang ada atas meja tue...
Buat adik kakok hok dok di KL kalu nok kelit Klate tue boleh singgah di Kg Pek nie utk menikmati Mee Kg. Pek. Dan jangan lupa kalau dah rasa tue dan yang pernah rasa, sila komen pendapat korang dalam blog aku nie.
Apa-apa pun mulakan dengan bismillah dan diakhiri dgn alhamdulillah.

Sunday, May 08, 2011

Cucur Udang Utara-Tmn Sri Pulai (Pintu Blakang UTM)


Cucur Udang..antara satu juadah yg slalu disediakan oleh ibu-ibu, samada untuk sarapan ataupun waktu petang. Kalau kita singgah je mana-mana gerai menjual kuih, pasti akan terdapat kuih Cucur nie. Kalau sesiapa yang pernah menjelajah seluruh malaysia pasti akan mengetahuinya perbezaan antara cucur di selatan, di Utara dan Pantai Timur. Kalau ke Kelantan; cucur dipanggil "Tepung Malah". Di kelantan, rupa bentuk cucur agak berbeza sedikit berbanding dengan negeri lain. Walaupun terdapat juga Cucur Udang yang "standard", tapi masyarakat kelantan lebih menggemari Tepung Malah nie..Insyaallah aku akan bawakan cerita tepung malah nie utk korang semua.
Cucur udang yang standard boleh diceritakan disini (Cucur yang ada udang dan dimakan bersama sos pedas). Kali nie aku nak menyentuh sedikit Cucur's style utara. Cucur utara nie ada sedikit perbezaan dengan negeri2 lain, ini adalah kerana 60% kadungannya adalah Taugeh,20% udang dan yang selebihnya adalah tepung yang telah dibancuh. Selalunya Cucur utara nie lebih rangup ketika dimakan. Cara penyajian cucur udang utara nie ialah yg pastinya Cucur Udang + Timun +Tauhu Goreng+Kuah Kacang ada setengah tempat diletakkan juga fish cake yang digoreng..hmm sedap.
Kuah Kacang dan Taugeh didalamnya yang banyak membuat kan cucur utara nie istimewa.
Bagi sesiapa yang berasal dari utara..pantai timur..untuk mendapatkan makanan tradisional (yang betul2 sedap) ditempat orang amatlah sukar..
Samalah seperti aku..nie, kalau nak makan laksa yang betul-betul rasa laksa (kedah ke penang ke)memang susah, walaupun ada banyak yang menjualnya tapi rasanya memang tak sama..setuju tak..
Bagi mereka yang pernah belajar di UTM skudai, aku rasa korang mesti pernah ke kedai Cucur nie dekat Taman Sri Pulai (Pintu blakang UTM Skudai). Kedai nie terletah di medan selera Taman Sri Pulai, boleh katakan setiap petang akan penuh tempat duduk untuk menikmati juadah Cucur Udang atau pun Laksa..Bagi aku, disinilah tempat untuk menikmati rasa asli Laksa Kedah dan Cucur Udang Utara nie.
Oklah..Kalau ada yang berkesempatan boleh lah singgah ke kedai MakYah (Akak nie Org kedah)nie atau sesiapa yang ada adik yang baru belajar di UTM Skudai, cerita-ceritakan lah..
Untuk sesiapa telah yang membaca teruskan membaca...terima kasih kerana membaca (takkan baca saja kut; jadi la follower).
Apa apapun sebelum makan baca bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah..Sehingga Bertemu lagi.

Tuesday, April 26, 2011

Mee Bandung Muar - Depan Sek. Men. Sains, Muar

Hari tu, aku berkesempatan berkunjung ke Muar, disebabkan oleh dua sahabat yang bernama Rizal dan Akmal yang dah KEMAROK nak makan mee bandung muar. Dari Skudai berkereta ke Muar semata-mata nak makan mee bandung..rasanya jarang dibuat orang sebab perjalanan dari Skudai mengambil masa 2 jam tambahan pula dgn Tol dan minyak RON 97 dah naik. Tapi inilah pengalaman yang satu ketika nanti akan jadi bualan bila dah lama tak berjumpa.
Berbalik kepada topik kita, perkataan bandung nie, bukanlah nama tempat di Indonesia dan tak ada kene mengenapun dengan tempat nie dengan mee. Kalau korang nak tahu perkataan bandung nie bermaksud campur...betul ke?. Jadi boleh lah nak dirumuskan bahawa mee bandung nie adalah mee campur. Apa yang dicampur oleh orang muar untuk menjadikan mee bandung muar sebagai salah satu makanan tradisional (Muar's signature) ialah; Udang kering+Cili kering+Gula+minyak+bawang+sayur+tauhu+daging+telur dan mee. Cara nak masak dia tue korang boleh lah cari kat mana-mana buku resepi kalu tak pun beli je kat kedai dia punya paste yang ada dijual kat merata ceruk.
Memandangkan Muar dah terkenal dengan makanan nya maka, banyak lah kedai yang menjual mee bandung ni...rasanya ada 5 kedai yang mee bandungnya sedap. Salah satu daripada nya ialah dekat trafic light Sek Men. Sains Muar. Rasa mee bandung kat sini pedas sikit berbanding dengan tempat lain dan lokasinya agak kedalam sikit bersebelahan dengan taman perumahan. Jadi bila anda berkesempatan ke Muar boleh je cuba Muar's Signature nie. Kalau berkesempatan aku akan cuba merasa kembali ke lima-lima kedai yang menjual mee bandung nie dan yang pasti korang kene la tunggu ye..

Friday, April 15, 2011

Sany Char Kuew Tiow -Tmn Tasik Titiwangsa


Penang...memberikan satu kenangan yang terindah dalam membentuk kehidupan aku skarang. Perghh ayat tak leh blah. Setiap kali berkesempatan aku akan bawa anak aku ke taman tasik titiwangsa untuk bermain "playground". Seronok rasanya bila tengok wajah kegembiraannya. On the way nak balik ikut jalan kuantan nak ke jalan tun razak. Bila sampai dekat sekolah aku ternampak satu sign board Sany Char Kuew Tiow. Fikiran aku pun terus melayang kembali ke tahun 90-an. Apa lagi masuk selekoh kat depan tu berhenti kereta. Aku satu family turun dan masuk ke dalam kedai tersebut. Tengok persekitarannya, kedai nie macam baru bukak je. Since dah nama kedai jual char kuew tiow, aku pun order 2 char kuew tiow, 1 char kuew tiow yg tak pedas. Rasanya tak ubah macam char kuew tiow yang aku slalu makan dulu masa kt di Penang dulu. Tambahan pula makan dgn cabai jeruk pergh...rasa dia memang best, sampai wife aku tambah satu lagi la. Aku mulakan cerita pasal sany char kuew tiow nie..kat wife aku. Masa dulu (tahun 90an) kat Bayan Baru..Sany Char Kuew Tiow nie boleh dikatakan satu fenomena kat situ..asal nak lepak ( selalu nya atas pukul 11 la)ngan member2 mesti lepak kat sini pekena char kuew tiow nie. Time tu kedai dia kat blakang rumah je...tapi ramai yang lepak (tempat berkumpul) sebelum start round island ( baca merempit)ramai-ramai. itu lah serba sedikit crite tentang Sany Char Kuew Tiow..nie. Sape yang nak rasa boleh la singgah kat taman tasik nie. Skarang nie aku pun dah lama tak balik penang. tak tau la wujud lagi ke kedai tue..tapi yang pasti kalau dah ada cawangan kat KL nie rasanya dah maju dah...hmm satu lagi aku cakap kat wife aku diaorang masak char kuew tiaw nie tak sampai seminit hehe (betulke...ni korang kene pegi tengok sendiri)So kawan2 yang pernah rasa please give your feedback.

Sunday, April 03, 2011

Nasi Lemak-Village Park, Damansara


Kita org melayu nie kalau tak makan nasi lemak utk sarapan kadang2 rasa macam tak sah pulak. Minggu lepas aku berkesempatan bersama family utk pergi bersarapan nasi lemak. Terdapat banyak nasi lemak kat KL nie, tapi semuanya ada kelebihan sendiri. Kalau berkesempatan aku akan kongsi ngan korang tempat2 nasi lemak nie. Ok, Nasi lemak yang aku maksudkan nie terletak dekat damansara. Aku dapat tau kedai nie nasi lemak sebab dulu aku selalu pegi sebelah kedai nasi lemak nie (Ngn Joo Ngan ; Kedai Jual Basikal-4,5 tahun dulu).
Lokasi kedai nie terletak kat damansara (uptown-damansara;yg dulu) or Jalan SS21/37, Damansara Utama. Landmark utk ke sini kedai ni berdekatan dgn BHP petrol...so kalu korang jumpa stesen minyak nie; korang jumpa la kedai nie.
Menu kat kedai nie, macam-macam; ada nasi dagang, mee udang penang (Hokkien Style kot), nasi lemak dll. senang crite mcam kopitiam jugak lah. Aku cadangkan kalau korang datang ke sini cuba lah nasi lemak dia (Nasi dia rasa lain dari yg lain) dan mee udang penang (bagi aku rasa dia asli; macam yg pernah aku makan kat penang). Makanan kat sini halal sebab pemilik kedai nie org islam, so tak yah nak risau la.
Satu yang menarik bila aku pegi makan kat kedai nie selain makanan dia sedap, aku juga dapat tengok gelagat org2 melayu moden (almaklumlah aku org kampung-hmm!). Ye la, dekat damansara ngan TTDI konon. Kalu korang nak merasai pengalaman yang aku dapat setiap kali aku makan kat kedai nie..boleh lah datang ye..

Oh..satu lagi..harga kat sini standard damansara ngan TTDI; so sedia budget la ye.