Nuffnang

Saturday, April 24, 2010

JJCM-Batu Pahat-Pontian

Batu Pahat, tempat yg terkenal dengan nasi beriani;antara tempat yg glamour 1. Peserai 2. Bukit Soga 3. Bukit Pasir.
Kalau sape2 nak try nasi beriani power kat Bukit Soga nie, first skali land mark dia Hospital BP, sebelum sampai Hospital nie nanti jumpa roundbout kecik, amik pukul 3. Terus masuk dalam kawasan perumahan; lepas je 3 simpang nanti akan nampak shop lot..hah amik kanan (turun bukit skit) nanti nampak kedai warna hijau...tu la tempat dia.
Kalu nak order aku suggest order skali papedom ngan acar buah ngan air sirap bandung; baru la cukup sifat nasi beriani nie kalu tak....bagi aku set dia tak complete. Jangan lupa telur pindang jugak; dua - tiga hari rebus telur nie tau..
Lepas tue rombongan nie terus ke sengarang nak try pulak kerang bakar...tapi aku dah tak ingat lorong nak masuk...kita orang lepak je kat tanjung labuh, sambil minum Air Ais Kirim Soda "CAP AYAM"....sapa brani boleh try Air nie...

And then...misi ketiga ke pontian utk makan Murtabak Hamid; lokasi dia sebelah Bus Station Pontian...Sapa sapa nak try murtabak nie aku suggest kene datang awal, kedai dia bukak pukul 2...kalu nasib tak baik pukul 5 dah habis...Alhamdulillah dapat jugak merasa Murtabak nie...Kalu nak order order yg Special harga dia RM 9 boleh makan sampai 5 orang.


Habis je makan terus balik ke Skudai...untuk atur lokasi seterusnya....
Next planning kita orang nak pegi ke Parit Jawa pekena Asam Pedas ngan Mee Bandung Muar...

Friday, April 23, 2010

Adakah ini langkah atau hanya berdiri sahaja.

Bila bukak balik blog nie rupa dah lama tak update....dah bertahun rupanya;
nak tulis blog nie memerlukan komitment jugak...macam aku nie, rasanya
tak de komited untuk mejadi salah seorang daripada beribu-ribu blogger yang
ada...

So mulai hari nie, try tengok macam brapa lama lak boleh bertahan.......