Nuffnang

Tuesday, January 10, 2006

Aidil Adha


Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar, Walillah Ilham..

Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kehadrat Allah azzawajala, yang telah melimpahkan taufiq dan hidayah serta nikmatnya yang tidak terhingga kepada kita, berhimpun pada hari yang penuh berkat di rumah Allah ini, bahkan kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada, dua macam nikmat yang paling ketara dinikmati oleh umat Islam pada hari ini ialah :

Pertama : Kira-kira lebih tiga juta umat Islam sekarang ini sedang menjadi tetamu Allah, di tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji.

Kedua : Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat Haji, masih berpeluang menghayati syiar Aidiladha yang agung dan bermakna bagi seluruh umat Islam ia itu korban

Memperkatakan tentang korban pula, ia mendidik umat islam supaya bersifat dermawan dan murah hati, samada dari segi wang ringgit dan kebendaan yang lain, mahu pun dari segi tenaga, ilmu dan kemahiran yang masih ada disisi kita, kerana semua nikmat yang ada pada hakikatnya adalah pinjaman dan amanah allah s.wt, yang kelak pasti akan diambilnya satu persatu, dan diri kita pun pulang kehadrat allah, oleh itu segala nikmat yang ada pada diri kita pergunakanlah untuk menafaat diri dan keluarga, sebahagiannya dibelanjakan untuk kepentingan islam dan kebajikan orang-orang islam.

Oleh itu , bagi mereka yang mampu, lakukanlah penyembelihan korban pada setiap tahun, yang dagingnya dijadikan sedekah kepada fakir miskin dan boleh dijadikan hadiah kepada orang-orang yang mampu seperti jiran tetangga kita serta rakan taulan yang beragama islam. Korban sunat, orang yang melakukan korban sunat boleh mengambil 1/3 daging korban untuk dirinya dan keluarganya.

Sabda rasulullah s.a.w:

Maksudnya:": perbesarkanlah korban kamu, kerana ia akan menjadi tungangan kamu ketika kamu melalui Siratul Mustaqim di akhirat kelak.

Insyaallah..

0 comments: