Nuffnang

Friday, December 16, 2011

Chapati ngan Kima-Tmn Sri Pulai, Skudai

Bila ofis mate, mintak tolong attend meeting kat Felda Taib Andak, aku pun tak cakap banyak..ON je, kalau budak2 yg baru kerja nie, kalau pegi meeting mau tak tido dibuatnya..tapi bagi aku benda nie dah laih dah. Ini crita bukan pasal kerja, sebab kerja yang aku buat nie sama saja cuma lokasi je yang berbeza. Tapi kesudian aku nak pegi ke kulai nie bukan pasal ape..aku teringat ada sahabat yang masih skolah kat UTM skudai so dapat la ziarah dia (al maklumlah kita nie kene jugak bagi semangat kat kawan2 yg tgh belajar), dan satu lagi yang betul-betul aku teringin nak makan chapati ngan daging kima. Seingat aku ada tiga tempat yang aku rasa chapati...

Saturday, November 26, 2011

Mee Udang Banjir-Tanjung Karang

Dalam perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuang, teringat satu kedai makan yang menjualMee Udang. Aku tak pernah rasa lagi mee udang nie, tapi kalau yang ada kat kuala selangortue dah pernah rasa, hmm rasanya biasa je. Tapi yang kat tanjung karang nie, menarik jugakuntuk di cuba almaklumlah katanya dah masuk tv. Ok lah, kalau korang nak tahu lokasi kedainie, kalau dari Pekan Tanjung Karang nak ke sekincan, di pertengahan jalan nanti akan jumpa satu sekolah dan masjid sebelah kiri, kedai tu betul-betul sebelum masjid. Bagus gak lokasikedai nie, ada benda tersirat yang tak ramai orang perasan..kalau dah makan tue jangan la balik terus, singgah...

Saturday, October 29, 2011

Korean BBQ- Pandan Indah

Kali nie aku nak syer ngan korang pasal BBQ-Steamboat. Mungkin korang dah pergi ke beberapa restoran BBQ-Steamboat.Kebanyakannya restoran BBQ-Steamboat nie menggunakan kaedah buffet.So sape-sape yang tembolok dia besar dapat la isi banyak-banyak. Satu lagi kalau buffet nie, kebanyakannya makanan jenis seafood jadi tumpuan, al maklumla bayarRM 20 boleh makan udang, sotong dan ketam..sebanyak mungkin. Aku dah pergi beberapa restoran yang menjual BBQ-Steamboat nie ada sesetengah restoran tue, barangan mentah tidak @ lambat ditambah kalau habis..saje je dia buat tak nampak, nie kes nak untung lebih la nie..at last dah kurang pelanggan sudahnya tutup..heheKebanyakan...

Saturday, October 08, 2011

Mee Udang Ayu-Teluk Kumbar

Waktu zaman lepas sekolah,al-maklumlah masing-masing dah kerja..kalau dapat bawak keluar TZM tue kira hebatla.hahah..Ni bukan crite pasal moto..tapi cerita pasal Mee Udang.Aku just nak kongsi ngan korang crite pasal mee udang.Rakan sparring aku makan mee udang nie..nama dia Azly Kassim. Selalunya bila tiba hujung bulan (time dapat gaji)tak dia cari aku-aku cari dia, kita orang akan pegi ke teluk kumbaq.kalau korang nak tau kat teluq kumbaq nie bagi aku ada 4 kedai jual mee udang yang sedap; satu kat sg batu, satu kat jalan on the way ke gertak sanggui, dua lagi lagi kat lengkok kg masjid.Itu crite 10 tahun dulu.Since, aku revisit my own backyard,...

Friday, September 16, 2011

Char Koaw Tiau & Hokkien Mee- Stadium Bandaraya

Dah dekat sebulan lebih aku bercuti, al maklumlah bulan posa dan pas tue raya, so kerja2 cari makan nie terhenti la sekejap. Ok, crite banyak pun tak guna.Kata orang mai penang nie kalau tak pekena nasi kandaq tak sah (tapi aku dah bagi pilihan NASI DALCA) dan makanan masyarakat cina (hokkien). Crite bab hokkien nie satu ketika dulu aku paham la apa yg dia org cakap cuma nak balas balik je tak reti..he3 kalau aku tak reti tak pe la jugak, tapi member yg berdialek manderin dll bila dtg kerje kat penang nie terkial2 jugak la dia habaq. Itu crite dulu...First skali aku nak kongsi Char Koaw Tiaw, kalau sape2 pernah makan Char Koaw Tiaw yang ada...

Monday, August 01, 2011

Roti Canai/Roti Bakar- Transfer Road

Bagi pelancong yang menginap di George Town, pasti merasakan sedikit kesukaran untuk sarapan pagi ala melayu..yang pasti kedai mamak jugak akan jadi pilihan. Ok, kali nie aku nak kongsi dengan korang semua, satu tempat yang satu menarik utk bersarapan. Lokasinya di jalan transfer (Transfer road; kat org penang). Jika korang berada di Penang road, maka transfer road nie berada di sebelah kanan anda atau dibelakang balai polis. Hmm, apa yang nak makan kat sini. Ish kalau ikut kan aku semua nak makan, roti canai, roti bakar...teh tarik ngan kopi kat sini memang best. Apa yang menarik kat sini, korang akan tengok la ada pelanggan yang bersarapan...

Monday, July 18, 2011

Jeruk Madu Pak Ali -Medan Suri Sg. Nibong

Kalau waktu zaman sekolah dulu bila nak balik sekolah je, sibuk budak-budak nie kirim jeruk. Tapi waktu tue jeruk buah pala je yang buah ngan kering je. Tapi sekarang nie dah berbeza, jika ada sesiapa yang berkesempatan ke penang mesti rakan-rakan mintak kirim jeruk. Tapi kali nie berbeza skit. Jeruk nie jeruk buah-buahan; buah pala, kelubi, cermai, pala, rokam, mangga, betik dll. Kadang-kadang yang mengodernya sampai bepuluh ringgit.Aku ada tanya gak..sedap ke jeruk nie, dia orang kata sedap tak sama dengan jeruk yang jual kat pasaraya tue. Hmm bagi aku tue semua sama ja.. Apa yang aku baca dulu dalam majalah; nak buat jeruk nie dia kandungan...

Wednesday, July 13, 2011

Mee Pitchay-Medan Suri, Sg. Nibong

Setiap kali kalau berkunjung ke Restoran Mamak, aku pasti teringin nak makan Mee Goreng dia, aka Mee Goreng Mamak. Tapi memandangkan aku dah tahu rasa dia, biarlah aku simpan je keinginan aku sampai tiba waktu dia. Bila berkesempatan ke Penang, aku pastikan utk pekena mee goreng mamak nie. Ada beberapa tempat yang menjual mee goreng mamak nie, tapi bila aku pergi dah takde atau berpindah (kalau sape2 tau tolong habaq mai; aku nak cargas pie. bila berkesempatan nanti).Kali nie aku nak kongsi ngan korang mee mamak kat Medan Suri Sg. Nibong (kat sebelah masjid sungai nibong). Yang pasti dah lebih sepuluh tahun wujud. Nama kedai dia Mee Pitchay.Aku...

Monday, July 04, 2011

Nasi Dalca- Lebuh Queen

Bagi mereka yang berkunjung ke Penang memang tak sah kalau tak pekena nasi Kandaq.Kalau korang nak tau, Nasi Kandaq juga lah yang dicari, masa hari raya. Kalau tak caya, pi tanya orang bujang yang merantau keja kilang kat penang nie (Yg tak leh cuti raya).Tapi kali nie aku tak nak bawak cerita pasai Nasi Kandaq nie; lain kali la.Mungkin korang tak tau, selain nasi kandaq ada satu lagi nasi yang adik beradik sepupu sepapat ngan nasi kandaq. Nama dia Nasi Dalca. Bagi yang dah jemu makan nasi kandaq, aku cadangkan korang pekena pulak Nasi Dalca. Bagi aku nasi dalca nie; sesuai untuk mereka yang nak jaga kesihatan sebab, ye lah DALCA, tak banyak...

Friday, June 24, 2011

Padang Kota

Tiap kali pelancong datang ke Penang mesti datang kat sini, Padang kota. Dahulu Kawasan(20 tahun dulu) nie dipenuhi dengan penjaja, selepas tue, ia dinaik taraf dan selepas berlakunya tsunami ianya dibaiki sekali lagi utk dijadikan medan selera. Suatu waktu dahulu, kalau ada kawan2 atau sedara mara yang datang melawat pulau pinang; aku nasihatkan kat dia orang jangan makan kat sini.Mungkin ada pembaca, yang merasakan aku nie cuba menutup periuk nasi mereka. Tidak sama skali, sebab setiap rezeki tu dah ditentukan oleh Allah.Tapi ini adalah satu teguran untuk membina kerana Pulau Pinang dikenali sebagai pelbagai makanan yang enak2. Kenapa aku berkata...

Monday, June 13, 2011

Mee Kg. Pek - Kg. Pek, Machang

Lama jugak tak tulis entry nie..al maklum lah sibuk sikit. Sempena cuti sekolah baru2 nie, aku+family telah memandu sejauh 1500km utk mengisi masa cuti sekolah. Dan kali nie aku akan berkongsi ngan korang juadah, setempat yang sempat aku nikmati. Dan yang pasti menu yang sedap sahaja (bagi aku) akan dimuatkan dalam blog nie. Ok.Bertolak dari Rumah di Kuang, Selangor; pukul 9.30pg menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Jam 3.00ptg, aku dah sampai di Kg. Pek. Kg. Pek ni berada dijajahan Machang, 10km dari bandar machang menghala ke Kuala Krai (rujuk map) atau 50 km dari Kota Bharu. Apa yang menarik sangat dengan Kg. Pek nie; kalau korang nak tahu sebab...

Sunday, May 08, 2011

Cucur Udang Utara-Tmn Sri Pulai (Pintu Blakang UTM)

Cucur Udang..antara satu juadah yg slalu disediakan oleh ibu-ibu, samada untuk sarapan ataupun waktu petang. Kalau kita singgah je mana-mana gerai menjual kuih, pasti akan terdapat kuih Cucur nie. Kalau sesiapa yang pernah menjelajah seluruh malaysia pasti akan mengetahuinya perbezaan antara cucur di selatan, di Utara dan Pantai Timur. Kalau ke Kelantan; cucur dipanggil "Tepung Malah". Di kelantan, rupa bentuk cucur agak berbeza sedikit berbanding dengan negeri lain. Walaupun terdapat juga Cucur Udang yang "standard", tapi masyarakat kelantan lebih menggemari Tepung Malah nie..Insyaallah aku akan bawakan cerita tepung malah nie utk korang semua.Cucur...

Tuesday, April 26, 2011

Mee Bandung Muar - Depan Sek. Men. Sains, Muar

Hari tu, aku berkesempatan berkunjung ke Muar, disebabkan oleh dua sahabat yang bernama Rizal dan Akmal yang dah KEMAROK nak makan mee bandung muar. Dari Skudai berkereta ke Muar semata-mata nak makan mee bandung..rasanya jarang dibuat orang sebab perjalanan dari Skudai mengambil masa 2 jam tambahan pula dgn Tol dan minyak RON 97 dah naik. Tapi inilah pengalaman yang satu ketika nanti akan jadi bualan bila dah lama tak berjumpa.Berbalik kepada topik kita, perkataan bandung nie, bukanlah nama tempat di Indonesia dan tak ada kene mengenapun dengan tempat nie dengan mee. Kalau korang nak tahu perkataan bandung nie bermaksud campur...betul ke?. Jadi...

Friday, April 15, 2011

Sany Char Kuew Tiow -Tmn Tasik Titiwangsa

Penang...memberikan satu kenangan yang terindah dalam membentuk kehidupan aku skarang. Perghh ayat tak leh blah. Setiap kali berkesempatan aku akan bawa anak aku ke taman tasik titiwangsa untuk bermain "playground". Seronok rasanya bila tengok wajah kegembiraannya. On the way nak balik ikut jalan kuantan nak ke jalan tun razak. Bila sampai dekat sekolah aku ternampak satu sign board Sany Char Kuew Tiow. Fikiran aku pun terus melayang kembali ke tahun 90-an. Apa lagi masuk selekoh kat depan tu berhenti kereta. Aku satu family turun dan masuk ke dalam kedai tersebut. Tengok persekitarannya, kedai nie macam baru bukak je. Since dah nama kedai jual...

Sunday, April 03, 2011

Nasi Lemak-Village Park, Damansara

Kita org melayu nie kalau tak makan nasi lemak utk sarapan kadang2 rasa macam tak sah pulak. Minggu lepas aku berkesempatan bersama family utk pergi bersarapan nasi lemak. Terdapat banyak nasi lemak kat KL nie, tapi semuanya ada kelebihan sendiri. Kalau berkesempatan aku akan kongsi ngan korang tempat2 nasi lemak nie. Ok, Nasi lemak yang aku maksudkan nie terletak dekat damansara. Aku dapat tau kedai nie nasi lemak sebab dulu aku selalu pegi sebelah kedai nasi lemak nie (Ngn Joo Ngan ; Kedai Jual Basikal-4,5 tahun dulu).Lokasi kedai nie terletak kat damansara (uptown-damansara;yg dulu) or Jalan SS21/37, Damansara Utama. Landmark utk ke sini...

Pages 101234 »