Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

Nasi Ayam Black Paper & Sambal Bandar Baru Uda

Nasi Ayam adalah salah satu juadah makan tengah hari bagi penduduk kat malaysia nie. kadang-kadang satu medan selera tue ada 3 atau 4 kedai jual nasi ayam...(biasa la orang melayu berniaga)..Kali aku nak bawak cerita kat korang semua; Nasi Ayam Black Paper.. Selalunya nasi ayam nie dia punya set Nasi ayam + Ayam+ Sup + kicap + sambal. Ok tempat yang aku makan nie sambal dia ada dua jenis satu sambal dan satu lagi black paper...Bagi aku kedua-dua jenis sambal nie memang sedap.. pergh.. Kalau sape sape nak kesana; Medan Selera nie terletak dekat Bandar Baru Uda, Johor Baharu; Jalan Padi Ria 15. Medan Selera nie dekat dengan Masjid Bandar Baru...

Tuesday, October 19, 2010

Mee Kari & Cendol Taman U

Dah lama tak makan kat sini...dulu kerap jugak singgah pekena mee kari dia..bak kata AR Tompel; "Pekat Likat".Mee kari nie rasa macam chinese style sikit, sebab dia letak; Fish Ball ngan Tauhu Kering Kiub ngan kerang.Tak macam mee kari melayu dia letak daging ayam atau ayam ketul2. Kalau sape-sape first time makan..mesti tersedak kalu menghirup kuah nie...Slalu aku makan mesti dengan Cendol. Cendol kat sini sedap, santan dia ada campur dengan perisa pandan skit tue yang menyebabkan dia nampak hijau skit. Kat sini kalau kita order cendol..dia akan hantar cendol je, dan kalau nak cendol yang slalu kita makan ; kene la order Cendol + kacang or...

Wednesday, October 06, 2010

Cendol Halim; Batu Pahat.

Tahun nie, aku beraya dekat Batu Pahat, dalam dua minggu la duduk kat sana. Nak di jadikan crite, ada satu ketika tue masa aku beriktikaf dalam masjid, ada la dua hamba allah nie bersembang..rancak dia berbual. Disebabkan telinga nie tak de filter nak menghalang dari aku mendengar...terpaksa la aku pasang telinga. Apa yang disibuk disembangkan oleh mereka berdua nie adalah pasal makanan yang sedap...kat KL. (Ooo, org KL la nie balik beraya).Jauh jugak perjalanan crite diorang nie...tiba-tiba sampai batu pahat; salah seorang kawan nie bercerita pasal cendol dekat batu pahat nie sedap..menurut di cendol nie dah lama dah kat pasar tue..skarang nie...

Monday, September 27, 2010

Conclusion : Ni la Nasi Beriani yg tersedap skali.

Dah lama..tak tulis blog, bukan nya apa skarang nie, internet slow sangat pasal tak tau pasal apa.lepas raya hari tue..aku berkesempatan merasa beberapa kedai yang menjual nasi beriani dekat batu pahat; tempat yang terkenal dengan Nasi Beriani..kalu korang nak tau boleh lah refer story yang dulu.So aku dah merasa semua kat batu pahat tue..Kali nie aku nak tutup crite pasal Nasi Beriani nie....sebab aku bila aku makan nasi beriani nie aku tambah nasi beriani kosong satu lagi..Ok. tak nak tulis banyak-banyak; lokasi nasi beriani nie dekat jalan pendidikan1,Taman Universiti, Skudai Johor. Nama Restoran dia Restoran Shahab...Sapa-sapa yang turun...

Tuesday, July 27, 2010

Murtabak Paling Sedap Skali......

Crite nie, masih di kelantan lagi...Bagi family aku, murtabak yang paling sedap skali ialah dekat sebelah bangunan PAS dekat jalan Dato Pati, Dari aku kecik sampai skarang rasa dia masih sama walaupun daging dia tue dah kurang...Kalau tak silap aku..murtabak nie dah wujud sejak tahun 70an lagi. Tiap kali aku beli, paling kurang 20 keping. Mana tak nya sorang makan dah dua keping. Masa awal tahun 90 an dekat Kota Bharu saja ada 3 kedai yang menjual Murtabak nie. Tapi skarang rasanya ada satu je tinggal.Lokasinya terletak dekat Restoran Mutiara Corner ( tempat yang PM Najib singgah makan nasi bungkus masa lawatan ke kelantan). Yang Menarik kat...

Tuesday, July 20, 2010

Yong Tau Foo PCB Style ( Colek)

Hmm, kali nie aku nak panjang kan lagi crite bab spesis Yong Tau Foo nie.. Kali nie kat kelantan. Sebenarnya makanan nie bukanlah Yong Tau Foo, cuma sebab kebanyakan makanan nie produk dari pada makanan laut..so aku masukkan lah dalam keluarga Yong Tau Foo.Tak tau lah nama sebenar makanan nie tapi dari aku kecik sampai skarang dia orang panggil "Colek". Kadang-kadang aku pun tak paham orang kampung aku nie; apa saja makanan yang kalau di makan dengan sos yang dibuat sendiri mesti panggil colek...hatta rojak (buah jeruk) dan cucur udang (tepung malas) jugak dia panggil "Colek"Kalau sapa-sapa berkesempatan pergi melawat Kelantan.. jangan lupa...

Sunday, June 06, 2010

Yong Tau Foo - Kg. Pandan, KL

Bulan lepas, selepas makan Yong Tau Foo di Kg. Melayu Majide, membuatkan nak pergi satu kedai Yong Tau Foo.Tapi kali nie lokasi dia kat (Kg. Pandan) KL. Jalan nak ke situ agak pening skit sebab dia jalan One way. Kalau ada yang teringin nak merasa yong tau foo nie; first sekali landmark dia Restoran Kg. Pandan, pas tu masuk jalan thaver, straight..kedai (rumah) dia sebelah kanan dekat simpang. Nak kena dua kali pusing dulu baru dapat..kut.Rasa yong tau foo nie biasa la bergantung pada kuah dia...so kat sini yang standard dan sup pun ada..boleh pilih ikut citarasa..Tapi aku suka kuah standard dia yang pekat dan manis tue...yang isi-isi...

Monday, May 31, 2010

Yong Tau Hu- Kg. Melayu Majide

Kalau dulu Yong Tau Hu atau Yong Tau Foo nie sinonim dengan masyarakat cina di malaysia, di sebabkan oleh berlakunya pergaulan dan agensi kerajaan maka, cara pembuatan kuah dan segala isinya dapat dikongsi oleh masyarakat melayu. Oleh itu masyarakat melayu dapatlah menikmati hidangan nie. Bagi aku kesedapan Yong Tau Foo nie bergantung kepada kuah dia..sebab yang lain tue dia orang just beli yang dah siap je..tapi yang tak best nya ada peniaga-peniaga nie, beli isi-isi dia (fish cake, tauhu kering dll) dari pengeluar yang boleh diragukan dari hukum syarak tentang kandungannya..terutama skali kueh teow dia...harap-harap peniaga-peniaga yang...

Wednesday, May 19, 2010

Catatan Perjalanan Singapore

Ada orang kata, nak pegi singapore nak kene ada duit banyak al maklumlah currency dia double dari duit kita...dan Jangan Lupa Bawak PEN, kamera, mineral water ,map yg sesuai aku cadangkan map public transport dan sarapan kenyang2.Kali nie aku nak bagi guide kepada sesiapa yg nak pegi singapore dengan budget yg ada. Ok, first check out passport kat imegresen malaysia (JB), pas tue ke stesen bas kat bawah untuk ke Singapore. (Berjalan dari City Square JB-Imegresen-stesen bas; jauh jugak, sesiapa yg bawak anak ngan org tua susah sikit la, for ladies..pakai seluar panjang senang nak berjalan.Ada beberapa destinasi bas kat situ; keranji,bugis street,queen...

Wednesday, May 12, 2010

Kacang Pool Haji...

Tiap kali member 2 turun JB nie, slalu tanya ape makanan yg special kat sini. So nak melayan sahabat, aku bawak la dia org pekena Kacang Pool nie. Rasa nya,dah banyak kali aku makan kacang pool nie. Apa yg special tentang juadah nie; boleh dikategorikan sepupu bubur kacang la, cuma dia tak campur ngan santan.Cara dia serve ; kacang pool nie dia ada telur goyang bak kata member aku "PD", cabai , limau dan roti bakar satu inci tebal. Rasanya memang sedap berbaloi ngan harga. Kalu sapa-sapa nak try lokasi kat JB nie ada dua tempat satu dekat medan selera larkin sebelah balai bomba dan satu lagi kat sebelah stesen bas larkin. Slalunya aku pegi...

Monday, May 10, 2010

Burger... CAKANOZ

Aku teringat dulu..masa lepas SRP, tolong member jual burger; upah dia RM 10 dari pukul 6 ptg sampai pukul 12 tgh malam dan masa hari sukan sekolah (Sold Out). Ada jugak member-member yang jual burger masa kat hostel sekolah vokasional taiping; dia org jual burger RM 1.50 sebiji. Masa kat hostel dulu, sape2 nak jual burger nie kene amik lesen. Aku tak de lesen jual burger tapi aku lesen jual Roti Canai.Menggoreng daging burger nie sebenarnya ada teknik tertentu; kalau tak caya try korang beli burger kat pasar malam dengan burger kat teping jalan..rasanya pasti berbeza.Kali nie aku nak kongsi burger yg dinamakan CAKANOZ; yang menarik tentang...

Tuesday, May 04, 2010

Ayam Panggang-Pantai Dalam

Ada orang kate fenomena Ayam Panggang (Ayam Golek) nie mula diperkenalkan oleh Ore Klate hok dok boring nok nego Tomyam sebab dah ramai dah nego tomnye di KL nie..(betul ke tak..aku pun tak pasti), tapi yang pasti salah satu juadah untuk kenduri kahwin di kelantan memang tak sah kalu tak de ayam Golek nie..Kali nie aku nak syer satu tempat yg menjual ayam golek yang sedap dekat KL nie; satu kat ampang satu lagi dekat Pantai Dalam. Yang kat ampang tue..nanti bila ada masa aku syer ngan korang semua.Ayam Panggang kat Pantai dalam nie dah selalu dah masuk majalah ngan surat khabar, lokasi dia dekat pantai dalam..kalu dari UM tue ada terus je sampai...

Saturday, April 24, 2010

JJCM-Batu Pahat-Pontian

Batu Pahat, tempat yg terkenal dengan nasi beriani;antara tempat yg glamour 1. Peserai 2. Bukit Soga 3. Bukit Pasir.Kalau sape2 nak try nasi beriani power kat Bukit Soga nie, first skali land mark dia Hospital BP, sebelum sampai Hospital nie nanti jumpa roundbout kecik, amik pukul 3. Terus masuk dalam kawasan perumahan; lepas je 3 simpang nanti akan nampak shop lot..hah amik kanan (turun bukit skit) nanti nampak kedai warna hijau...tu la tempat dia.Kalu nak order aku suggest order skali papedom ngan acar buah ngan air sirap bandung; baru la cukup sifat nasi beriani nie kalu tak....bagi aku set dia tak complete. Jangan lupa telur pindang jugak;...

Friday, April 23, 2010

Adakah ini langkah atau hanya berdiri sahaja.

Bila bukak balik blog nie rupa dah lama tak update....dah bertahun rupanya;nak tulis blog nie memerlukan komitment jugak...macam aku nie, rasanyatak de komited untuk mejadi salah seorang daripada beribu-ribu blogger yangada...So mulai hari nie, try tengok macam brapa lama lak boleh bertahan.......

Pages 101234 »