
Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar, Walillah Ilham..Alhamdulillah, marilah kita bersyukur kehadrat Allah azzawajala, yang telah melimpahkan taufiq dan hidayah serta nikmatnya yang tidak terhingga kepada kita, berhimpun pada hari yang penuh berkat di rumah Allah ini, bahkan kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada, dua macam nikmat yang paling ketara dinikmati oleh umat Islam pada hari ini ialah : Pertama : Kira-kira lebih tiga juta umat Islam sekarang ini sedang menjadi tetamu Allah, di tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji. Kedua : Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat Haji, masih berpeluang menghayati syiar Aidiladha yang agung...