Pada satu tengah hari aku dapat satu panggilan telefon dari seorang sahabat.Dah lama mamat nie tak helo aku. Rupanya ada hal penting yang nak diketahuinya. Macam nie la lebih kurang perbualan aku.
"Helo joe, demo dok Kg. Baru dulu ke (utk paham intonasi dia sila dapatkan khidmat, org yg bertauliah)",
"Hngo" aku jawab."Make mano sedak" tambah dia lagi.
"Demo nok make gapo, kalu nok make keda klate, demo gie depe KL international hotel, kalu nok make ike bakar ngan daging bakar domo gi dekat pintu grebe tu..keda dia sebeloh kane.. kalu demo nok make aye kg, dekat medan selero depe stadium dekat Lorong Raja Muda kalu, mari ikut parking hospital, temu medan selera tu dulu,keda dia hujung skali"
"Moleh jugok tue, kawe meme dekat, parking HKL nie, ingat nak make aye kg la, kalu gitu,hebak demo..hehehe...
Begitulah perbualan aku ngan sahabat yang dah lama tak contact...ok, kalau korang nak ke kedai yang aku bagi direction kat sahabat aku tue, korang boleh rujuk gambar map kat yang aku letakkan. Ada banyak jugak lauk kat kedai nie..selalunya ramai la orang makan kat sini, kadang2 sampai tak de tempat..selalunya aku kalau makan kat sini, ayam kampung, sayur taugeh, kuah campur dan yang paling aku suka kat sini sambal ikan bilis dia...
ok akhir kalam, aku sudahkan dengan lagu yang anak aku ajar" Rama-rama, cari bunga, bunga putih, bunga merah, bila makan baca bismillah, sudah makan alhamdulillah.